KUALA LUMPUR: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020 menyaksikan pelbagai rintangan terpaksa dihadapi pelajar ketika menduduki peperiksaan antara terpenting dalam hidup mereka.
Namun tiada siapa menyangka berkat usaha dan keyakinan, pasangan kembar Ainul Mardhiah Yusof dan Ainul Radhiah Yusof, 17, berjaya memperoleh keputusan cemerlang baru baru ini.
Dalam temu bual Astro Awani bersama mereka pada Khamis, jelas terpancar kegembiraan dan kesyukuran pada wajah kedua beradik kembar ini ketika bercerita pengalaman mengakses portal Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) untuk mendapatkan keputusan.
"Pastinya ketika buka portal Lembaga Peperiksaan Malaysia, saya sangat takut dan lepas dapat tahu keputusan saya semuanya A, Alhamdulilah segala tekanan masa SPM ditangguhkan hilang sekelip mata.
"Keputusan cemerlang ini saya dedikasikan buat ibu bapa dan guru yang sentiasa berikan sokongan kepada saya," jelas Ainul Mardhiah.
Berbekalkan keputusan itu, Ainul Mardiah sentiasa berdoa agar impiannya untuk menjadi seorang jurutera kimia berjaya di luar negara dimakbulkan.
Malah, pembukaan semula permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi nafas lega buat anak pertama dari tiga adik beradik ini.
Selain membanggakan ibu bapa, Ainul Mardhiah juga menyimpan hasrat untuk berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) suatu hari nanti.
"Impian jangka masa panjang saya selepas jadi jurutera kimia profesional, saya ingin pergi ke United Nation (PBB) untuk besarkan lagi impian saya.
"Di PBB ini semua negara ada di situ, malah mereka juga antara yang membuat pilihan dan keputusan untuk dunia. Jadi kalau saya dapat peluang, saya ingin bawa nama Malaysia di persada dunia," ikrarnya.
Sementara itu, adik kembarnya, Ainul Radhiah yang mendapat keputusan 8A dan 1B pula menyimpan cita-cita menjadi seorang pengamal undang-undang.
"Saya berminat pengajian dalam bidang sosial sains dan undang-undang atau ekonomi. Subjek-subjek ini sangat saya minati kerana dapat bawa perubahan kepada masyarakat," katanya.
Meskipun pelbagai rintangan dan cabaran ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum menduduki SPM, namun berkat ketekunannya belajar memberikan hasil kejayaan yang amat dibanggakannya.
"Saya lebih senang bersemuka dengan cikgu di dalam kelas, jadi kalau duduk belajar di rumah dan tidak berdepan dengan cikgu, saya rasa itu sangat sukar dan bukan mudah.
"Tetapi bila dapat keputusan macam ini, memang berbaloi dengan kesusahan yang saya alami, sampai malam belajar untuk betul-betul memahami sesebuah subjek itu,saya sangat bersyukur dengan keputusan saya," katanya lagi.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini memaklumkan pencapaian calon SPM 2020 adalah lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Menurut beliau, Gred Purata Nasional (GPN) pada 2020 adalah 4.80 berbanding 4,86 pada tahun 2019 yang juga merupakan GPN terbaik dalam tempoh lima tahun.
Fareez Azman
Thu Jun 17 2021
![SPM 2020: Kembar peroleh keputusan cemerlang di sebalik kesukaran SPM 2020: Kembar peroleh keputusan cemerlang di sebalik kesukaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623927509_TBKEMBARSPM.jpg)
Pasangan kembar, Ainul Mardhiah dan Ainul Radhiah, 17, mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020. - Gambar Astro AWANI
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735796735_FadhlinaSidekSida.jpg)
Peratusan calon SPM 2024 hadir cecah 97 peratus - Fadhlina
Peratusan kehadiran calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencecah 97 peratus setakat ini.
![Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735787863_SPM.jpg)
Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.
![Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734009946_TBAnwarIbrahim.jpg)
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 4 Disember 2024.
![Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730890348_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Banjir: Negeri Sembilan salur RM1,000 kepada KIR
Kerajaan Negeri Sembilan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap lebih 700 ketua isi rumah (KIR) dan RM500 kepada 40 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terjejas banjir minggu lepas.
![Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733231186_tbpenghormatanterak.jpg)
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
![Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733035797_FadhlinaSidek.jpg)
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
![Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679749190_BPRUJI.jpg)
Banjir 2024: Calon SPM dibenar tinggal di asrama - Ruji
Calon SPM2024 yang terjejas akibat banjir dibenarkan untuk tinggal di asrama sehingga keadaan pulih bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan itu yang bermula hari ini hingga Februari depan.
![Banjir: Tiada yang tercicir, semua calon SPM terjejas akan ditempatkan di asrama - Fadhlina Banjir: Tiada yang tercicir, semua calon SPM terjejas akan ditempatkan di asrama - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729917771_FadhlinaSidek.jpg)
Banjir: Tiada yang tercicir, semua calon SPM terjejas akan ditempatkan di asrama - Fadhlina
Calon SPM yang terjejas banjir dibenarkan memakai pakaian bersesuaian dan kelengkapan peperiksaan akan disediakan oleh JPN.
![Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732887233_FadhlinaSidek.jpg)
Calon SPM terjejas banjir boleh duduki mana-mana pusat peperiksaan - Fadhlina
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sekolah mereka terjejas akibat banjir boleh menduduki mana-mana pusat peperiksaan yang ditetapkan.