Dakwat kekal yang digunakan di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU ke 13) didapati hilang apabila dicuci dan terdapat dakwat kekal yang terkena pada kertas undi.
Ini adalah antara kelemahan-kelemahan yang diterangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di dalam Laporan Post Mortem PRU ke 13.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata bukan sahaja itu, kelemahan yang dikenalpasti dalam penggunaan dakwat kekal itu ialah pelaksanaan tatacara dakwat kekal tidak dijelaskan dengan terperinci dan dakwat kekal didapati lambat kering menyebabkan terkena pada kertas undi.
“Kelemahan lain yang dikenal pasti termasuk dalam proses pengiraan undi. Contohnya ejen parti tidak faham istilah ‘undi ditolak’ dan ‘undi rosak’ dan terdapat dakwaan ketua tempat mengundi memutuskan undi ragu mengikut ejen-ejen parti.
“Semasa hari pencalonan pula, pegawai pengurus mengalami kesukaran dalam mengesan status bermastautin kerana kebanyakkan calon tidak tinggal di alamat berkenaan dan kesukaran mengesah status muflis daripada Jabatan Insolvensi.
“Semasa hari pengundian pula, terlalu banyak saluran dalam satu-satu pusat mengundi menyebabkan pengundi bercampur antara satu tempat mengundi dengan tempat mengundi yang lain dan kertas undi yang dilipat terbuka setelah dimasukkan ke dalam peti undi,” katanya dalam satu kenyataan media.
Abdul Ghani berkata berdasarkan kelemahan-kelemahan tersebut, pelbagai penambahbaikan telah dicadangkan.
“Untuk dakwat kekal, SPR telah membuat penambahbaikan dalam kandungan bahan dakwat, kaedah penyimpanan, kaedah penandaan pada jari daripada dicalit kepada dicelup jari telunjuk kiri pengundi dan menyediakan panduan tatacara penggunaan kepada kerani pengundian.
“Untuk proses pengiraan undi, SPR, antara lain akan meneliti dan membuat penambahbaikan dalam aspek latihan dan Buku Panduan Memutus Undi Ragu bagi membantu Ketua Tempat Mengundi memutuskan undi ragu dengan lebih berkesan.
“Untuk hari pengundian, cadangan pembaikkan yang dikemukakan antara lain adalah cara melipat kertas undi yang betul akan dilaksanakan,” katanya.
Laporan post mortem itu adalah hasil mesyuarat yang diadakan oleh ahli tertinggi SPR di anatara 19 Jun 2013 sehingga 15 Julai 2013.
T K Letchumy Tamboo
Sat Nov 30 2013

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PRN Sarawak: SPR adakan mesyuarat khas 24 November
Mesyuarat Khas SPR akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN seperti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, aftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain.

SPR akur pengisytiharan darurat di Gerik, Bugaya
SPR akur dengan keputusan pengisytiharan darurat di Pilihan Raya Kecil (PRK) P.054 Gerik, Perak dan DUN N.66 Bugaya, Sabah.

PRN Sarawak: SPR bersedia dengan SOP lebih ketat
SPR bersedia jika Sarawak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada bila-bila masa dengan SOP lebih ketat.

Slim Memilih: Hentikan aktiviti raih undi - SPR
Mana-mana pihak yang masih meraih undi dan berkempen pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, hari ini digesa supaya menghentikan aktiviti tersebut.

Abdul Ghani Salleh dilantik Pengerusi SPR yang baharu
Bekas Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh dilantik menjadi Pengerusi SPR yang baru berkuatkuasa 21 Ogos 2020.

SPR terima 214,118 permohonan pendaftaran pemilih suku kedua 2017
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sebanyak 214,118 permohonan pendaftaran sebagai pemilih dalam urusan pendaftaran pemilihan suku kedua (April, Mei dan Jun) tahun ini (2017).

SPR akui dakwat kekal tidaklah sekekal mana dalam laporannya
Dakwat kekal yang digunakan di dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU ke 13) didapati hilang apabila dicuci, menurut Laporan Post Mortem PRU ke 13.