Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa telah mengeluarkan arahan kepada pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri untuk pemberhentian pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.
Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata ia adalah bagi pemakluman awal kepada pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri sebagai persediaan sebelum surat pemakluman rasmi mengenainya kepada semua parti politik dikeluarkan dalam masa terdekat.
"Tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelasnya berdasarkan kepada Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, urusan pameran RDPT dijalankan di tempat-tempat yang diwartakan sebagai tempat pameran RDPT selama 14 hari dengan mempamerkan senarai nama pemohon yang memohon mendaftar sebagai pemilih baharu dan pemilih yang memohon tukar alamat bahagian pilihan raya.
"Dalam tempoh pameran ini, Rang DPT adalah terbuka untuk semakan oleh orang awam termasuklah parti-parti politik bagi mengemukakan tuntutan atau bantahan ke atas senarai nama yang dipamerkan dalam Rang DPT tersebut," katanya.
SPR-EDARAN 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Beliau menjelaskan sebelum ini adalah menjadi amalan SPR mengedarkan RDPT kepada parti-parti politik bagi tujuan pemakluman bahawa urusan semakan sedang dijalankan.
"Bagaimanapun, Mesyuarat SPR Kali Ke-773 pada 28 Mac lalu telah memutuskan agar Rang DPT (buku dan cakera padat) tidak lagi diedarkan kepada parti-parti politik mulai Pameran Rang DPT Suku Tahun Pertama Tahun 2017," katanya.
Abdul Ghani berkata keputusan itu dibuat memandangkan pameran RDPT memadai bagi membolehkan pihak berkepentingan memeriksa nama-nama pemohon yang terbabit.
Katanya buat masa ini pihak berkepentingan masih lagi mempunyai akses sepenuhnya kepada Rang DPT yang dipamerkan bagi tujuan semakan, tuntutan dan bantahan.
Menurutnya, pemberhentian amalan itu tidak pada bila-bila masa mengehadkan akses pihak-pihak berkepentingan kepada RDPT yang dipamerkan dan dalam masa yang sama, tiada keperluan perundangan untuk SPR berbuat demikian.
"SPR akan menghantar surat pemakluman secara rasmi kepada semua parti-parti politik mengenai perkara itu dalam masa terdekat berhubung pemberhentian amalan membekalkan Rang DPT (buku dan cakera padat) oleh SPR berkuat kuasa mulai pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Pertama 2017," katanya.
Oleh yang demikian, katanya mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuat semakan semasa tempoh pameran RDPT bagi tujuan membuat tuntutan atau bantahan, hendaklah membuat semakan tersebut di tempat-tempat pameran RDPT sebagaimana yang diwartakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2017
SPR mengesahkan mengeluarkan arahan pemberhentian pengedaran RDPT Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.
Ditipu individu tawar kurang hukuman mahkamah, polis siasat dakwaan isteri Along Cham
Suspek dipercayai tawar bantuan dan meyakinkan mangsa bahawa dia mampu mengurangkan seksyen kesalahan suami Afreena Suhaimi.
Polis terima laporan dua kereta sengaja langgar sekumpulan individu
Dua kenderaan dilihat keluar secara tergesa-gesa dari sebuah bangunan tempat letak kereta sebelum merempuh kumpulan lelaki terbabit di Brickfields, Kuala Lumpur.
Tanah runtuh Miri: Kisah duka sambutan Tahun Baharu Cina di Sarawak
Ketika masyarakat Cina di Sarawak baru memulakan sambutan Tahun Baharu Cina, keadaan di Kampung Lereng Bukit, dilanda duka susulan kejadian tanah runtuh yang meragut lima nyawa.
Ahmad al-Sharaa diisytihar sebagai Presiden Syria untuk fasa peralihan
Presiden baharu menekankan pentingnya menghormati kepelbagaian etnik dan mazhab di Syria serta menjamin keselamatan semua rakyat.
Hubungan Malaysia-Indonesia: Memperkukuh hubungan dua hala dan kerjasama ASEAN
Sebagai anggota pengasas ASEAN, kedua-dua negara memainkan peranan penting dalam membentuk kestabilan dan pembangunan serantau.
Kerajaan Britain sokong pelan pembangunan Lapangan Terbang Heathrow
Projek ini ditentang oleh penduduk setempat kerana kebimbangan mengenai pencemaran bunyi, risiko keselamatan dan peningkatan pelepasan karbon.
Tourism Malaysia pergiat aktiviti promosi pelancongan ASEAN
Tourism Malaysia akan laksana lebih banyak misi jualan strategik di kawasan sempadan Malaysia dengan Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei.
UNHCR perketat perbelanjaan susulan pembekuan bantuan AS
Jabatan Negara AS mengumumkan pembekuan sementara bantuan luar pada Ahad, namun terdapat kekeliruan mengenainya.
Kargo udara global melonjak 11.3 peratus tahun lepas, melangkaui rekod 2021 - IATA
Ini menandakan puncak bersejarah baharu, melangkaui volum 2021 sebanyak 0.5 peratus, sebelum ini merupakan rekod tertinggi.
Sabah akan laksana lebih banyak inisiatif untuk rakyat tahun ini - Hajiji
Inisiatif pembangunan terutama yang membantu meningkatkan ekonomi rakyat mampu dijayakan jika semua rakyat Sabah bersatu.
Jawatan Pengerusi SPR: Perlu ada kaedah pelantikan lebih telus - Azmi Sharom
Timbalan Pengerusi SPR itu berkata, untuk memastikan perubahan tersebut berlaku, ia memerlukan komitmen serius daripada kerajaan yang benar-benar mahu melihat reformasi berkenaan.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Lat tempoh masih berkuat kuasa, SPR tidak rancang laksana kajian semula persempadanan
Abdul Ghani berkata bagi Sarawak, SPR sedang mempertimbang dan meneliti kesesuaian untuk melaksanakan urusan tersebut.
PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baharu pada Pilihan Raya Kecil Kemaman sebagai ujian rintis, untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.
PRK Kemaman: 42 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
Sebanyak 42 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman telah keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing di 49 pusat mengundi setakat 1 tengah hari ini.
PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.
PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar - Pengerusi SPR
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan.
PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR
Tiada sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan penyalahgunaan jentera dan aset kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai setakat ini.
PRK DUN Jepak: Tarikh penting dijangka diketahui hari ini
Satu mesyuarat khas akan diadakan bagi tujuan itu yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 10 pagi ini.