KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membantu memantau pengurusan dana sebanyak RM320 juta yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah untuk menyelesaikan masalah air di negeri itu.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, arahan telah diberikan kepada SPRM Sabah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan peruntukan tersebut dibelanjakan secara berhemah dan mengikut prosedur undang-undang.
“Kita berharap peruntukan ini dibelanjakan dengan berhemah dan juga baik dan juga mengikut proses undang-undang yang telah ditetapkan kerana ini berdasarkan juga sebelum pada ini ada beberapa kes melibatkan isu di Sabah yang telah disiasat oleh SPRM sehingga dibawa ke mahkamah. Jadi SPRM akan memantau projek-projek yang dijalankan dengan kerjasama kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pertandingan Akhir Debat Antirasuah Institusi Pengajian Tinggi Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM 2023, di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini pada Khamis.
Pada masa sama menurut Azam, Kerajaan Negeri Sabah setakat ini telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam usaha memerangi rasuah dan ketirisan menerusi perbelanjaan untuk meningkatkan integriti penjawat awam di negeri itu selain bekerjasama rapat dengan SPRM berkaitan kes-kes melibatkan rasuah.
“Saya memuji Kerajaan Negeri Sabah yang memberi kerjasama yang penuh kepada SPRM dan juga bukan itu sahaja, Kerajaan Negeri Sabah juga berbelanja dengan kos yang intensively dalam meningkatkan integriti pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Sabah. Banyak program-program telah dilaksanakan selain daripada kes-kes yang perlu kami siasat diminta oleh Kerajaan Negeri Sabah untuk kita siasat,” katanya lagi.
Astro Awani
Thu Jun 08 2023

Azam berkata arahan telah diberikan kepada SPRM Sabah untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan peruntukan tersebut dibelanjakan secara berhemah dan mengikut prosedur undang-undang. - Foto Astro AWANI
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.

Tuntutan palsu: Ketua balai bomba di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Penjawat awam lelaki berusia 49 tahun itu dilepaskan pada Jumaat, namun siasatan terperinci mengenai kes itu masih diteruskan SPRM Perlis.

Penggubal undang-undang main peranan pastikan kawalan dana politik telus - Azam Baki
Azam berkata kawalan secara telus dan berintegriti itu perlu memandangkan politik wang boleh membawa kepada risiko penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

SPRM tahan dua lagi individu disyaki terbabit tuntutan palsu RM2.6 juta
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan antara 7 malam hingga 11 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

SPRM reman CEO Able Global bagi mudahkan siasatan rasuah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Eksekutif Able Global Bhd, Edward Goh Swee Wang, direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).