PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka 687 kertas siasatan dalam tempoh antara Januari dan Ogos lepas, yang terdiri daripada 149 melibatkan kategori kes "berprofil tinggi, berkepentingan awam, serta sensitif", dan 538 dalam kategori biasa.
Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Azam Baki berkata 660 individu ditangkap dalam tempoh berkenaan, manakala jumlah pertuduhan pula melibatkan 347 individu, semuanya dari pelbagai latar belakang termasuk pegawai tinggi kerajaan dan ahli perniagaan.
Beliau berkata SPRM terus melaksanakan operasi, tangkapan dan pertuduhan di mahkamah meskipun ketika pelaksanaan sekatan pergerakan dalam negara bagi menyekat penularan pandemik COVID-19.
"Dengan tindakan-tindakan operasi yang konsisten, sistematik, dan berimpak tinggi, saya percaya kita mampu mewujudkan satu suasana 'deterrent' dan perasuah-perasuah akan lebih gentar untuk terlibat dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa.
"Amat penting untuk kita hantar satu mesej yang kuat dan jelas kepada perasuah-perasuah bahawa kita tidak akan sama sekali berkompromi dan bertoleransi dengan perbuatan keji yang boleh menghancurkan kemakmuran negara," katanya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-54, di sini hari ini.
Azam berkata usaha memperkasa SPRM dari aspek pembangunan kapasiti dan keupayaan perlu berjalan secara berterusan dengan sokongan penuh oleh kerajaan serta seluruh rakyat Malaysia.
"Ini bagi membolehkan SPRM mampu mencapai visinya untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas daripada rasuah serta menjadi agensi pencegahan rasuah bertaraf dunia," katanya.
Sambutan Ulang Tahun SPRM Ke-54 dengan tema "Semarakkan Integriti, Rasuah Diperangi" kali ini dilaksanakan secara sederhana bagi mematuhi prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan serta mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki (dua, kiri) bersama pengurusan tertinggi SPRM memegang plak sebagai gimik pelancaran Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-54 di ibu pejabat SPRM hari ini. - Foto BERNAMA
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
WhatsApp uji ciri cipta acara pada tetingkap sembang individu
WhatsApp Kini Menguji Ciri Mencipta Acara Pada Tetingkap Sembang Individu
Saman fitnah: KPN fail prosiding komital terhadap Papagomo
Ia berhubung kes saman RM3 juta yang difailkan Razarudin selaku plaintif terhadap Wan Muhammad Azri sebagai defendan atas dakwaan memfitnah.
Nahas udara: Trump turut berduka, gesa siasatan dijalankan
Trump pada masa sama, memuji usaha pantas dan berkesan pasukan tempatan, negeri, persekutuan, serta anggota tentera, termasuk Pengawal Pantai Amerika Syarikat yang kini dalam usaha operasi pemulihan setelah disahkan bahawa tiada mangsa yang terselamat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Rasuah: Biar DBKL jalankan siasatan dalaman dahulu - Azam
SPRM serah kepada DBKL untuk menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku salah seorang ahli lembaga penasihatnya yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.
Kes salah laku DBKL: SPRM akan dapatkan maklum balas esok
Ahmad Khusairi berkata SPRM akan menjalankan siasatan jika terdapat elemen jenayah seperti salah guna kuasa dan rasuah.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku ahli lembaga penasihat DBKL
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini tiada siasatan dibuka oleh pihaknya berhubung dakwaan itu.
Kerugian jenayah komersial di Melaka meningkat RM79.27 juta tahun lepas
Nilai kerugian mangsa jenayah komersial di Melaka meningkat kepada RM79.27 juta pada tahun lepas berbanding RM48.42 juta pada 2023.
Lelaki miliki rekod jenayah ditahan cuba rasuah polis
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Segamat menahan seorang individu kerana kesalahan memberi rasuah, semalam.
Op Sky: Kelulusan pinjaman peribadi dibuat dengan cara manipulasi TAT - Azam Baki
Azam berkata kelulusan pinjaman peribadi daripada bank biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari untuk diluluskan.
COO syarikat konsesi lebuh raya mengaku tidak bersalah terima suapan RM70,000
Tertuduh, Rostam Shahrif Tami, 59, yang merupakan COO bagi Kumpulan Prolintas mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Penjawat awam di Perlis dilepaskan dengan jaminan SPRM
Lelaki tersebut dipercayai membuat tuntutan palsu untuk sumbangan kepada 49 saudara baharu dari 2022 hingga 2024.