KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menyita Bangunan Menara Ilham, yang dimiliki oleh keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pada Isnin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis berkata, pihaknya masih dalam proses siasatan termasuk berkait harta Tun Daim.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut berhubung sitaan tersebut.
"Ya, menara itu disita dan siasatan (antaranya) mengenai harta individu itu, iaitu Tun Daim," katanya.
Terdahulu, media melaporkan satu notis penyitaan harta tak alih bertarikh 18 Disember 2023 telah dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Akram Gharib di bawah Seksyen 38(1) Akta SPRM 2009 [Akta 694] dan Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Menurut notis itu, Pendaftar Hak Milik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan diarah untuk menyita harta tak alih bagi bangunan Menara Ilham di atas geran 75830, bernombor Lot 20002, yang mempunyai alamat di No. 8, Jalan Binjai, Kuala Lumpur.
Notis terbabit turut melarang segala urusan tentang harta tak alih, selain dengan serta-merta mencatatkan terma notis tersebut pada dokumen hak milik yang berkenaan dengan harta tak alih itu di dalam Daftar pejabat Pendaftar Hak Milik.
“Menurut Seksyen 38(5) Akta SPRM 2009, mana-mana orang yang melanggar kehendak notis ini atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghasilkan, atau menyebabkan, pelanggaran terma notis ini adalah melakukan suatu kesalahan.
“Dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua kali ganda nilai harta yang berkenaan atau RM50,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi dan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” menurut notis itu lagi.
Menara Ilham merupakan pencakar langit terletak di Jalan Binjai di ibu negara dan bangunan 60-tingkat itu merupakan antara yang tertinggi di Malaysia.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 21 2023

Azam Baki ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis berkata, pihaknya masih dalam proses siasatan termasuk berkait harta Tun Daim. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Inflasi UK catat tahap tertinggi dalam 10 bulan pada 3 peratus
Inflasi di United Kingdom meningkat ke paras tertinggi dalam 10 bulan pada Januari.

Presiden Indonesia rombak Kabinet, lantik menteri dan ketua agensi baharu
Brian Yuliarto dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, menggantikan Satryo Soemantri Brodjonegoro.
AWANI Ringkas: Parlimen | Penipuan Pekerjaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tarif Elektrik | Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mangsa banjir di Pahang dan Negeri Sembilan meningkat malam ini
Di Pahang, mangsa banjir di daerah Bentong bertambah kepada 121 orang daripada 33 keluarga.

Trump tidak akan libatkan Musk dalam keputusan berkaitan angkasa lepas
Trump membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan mengenai kemungkinan konflik kepentingan melibatkan Musk.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

MOT bentang permohonan projek KXP kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat
MOT akan membentangkan memorandum permohonan lesen aerodrom bagi projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) kepada Jemaah Menteri dalam masa terdekat untuk keputusan selanjutnya.
#AWANI Tonight 19 Feb 2025
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt weighs special court, bail reforms for Sosma cases - Home Minister
2. Musk says he is 'thrashing' bureaucracy to restore democracy
1. Govt weighs special court, bail reforms for Sosma cases - Home Minister
2. Musk says he is 'thrashing' bureaucracy to restore democracy

SPRM sahkan sita Menara Ilham, siasatan berkait harta Tun Daim - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menyita Bangunan Menara Ilham, yang dimiliki oleh keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pada Isnin.