KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan supaya satu akta digubal di Parlimen bagi mewajibkan anggota pentadbiran, Ahli Parlimen dan Dewan Negara mengisytiharkan harta masing-masing.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil berkata ini kerana sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak berbuat demikian.
Beliau berkata pada 2019, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan sesalinan diberikan kepada SPRM.
"SPRM hanya bertindak sebagai penjaga maklumat dalam hal ini. Suruhanjaya kemudian akan memaparkan di Portal Pengisytiharan Harta dalam tempoh tiga bulan selepas diisytihar," katanya kepada pemberita berhubung pencapaian sektor pencegahan SPRM secara maya di sini semalam.
Katanya sehingga 6 Julai, seramai 97 anggota pentadbiran, 198 Ahli Parlimen dan 39 Ahli Dewan Negara telah mengisytiharkan harta masing-masing manakala enam anggota pentadbiran, 22 Ahli Parlimen dan 26 Ahli Dewan Negara belum berbuat demikian.
Shamshun Baharin berkata buat masa ini, tiada undang-undang khusus berkaitan pengisytiharan harta terhadap pihak terbabit dan SPRM tidak boleh melakukan sebarang pengesahan berhubung dokumen pengisytiharan yang diterima.
"Siasatan hanya dilakukan secara langsung terhadap individu yang dilihat hidup mewah melebihi pendapatannya di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata akta itu boleh digubal dengan merujuk kepada Kod Etika Anggota Pentadbiran di bawah Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 yang dilancarkan pada Januari 2019.
Beliau berkata Malaysia boleh mencontohi negara jiran seperti Indonesia dan Thailand yang telah mempunyai peruntukan undang-undang berkaitan pengisytiharan harta.
Shamshun Baharin juga berkata SPRM berjaya meningkatkan tanda aras amalan terbaik dalam usaha memerangi rasuah sehingga mendapat pengiktirafan pelbagai organisasi antarabangsa antaranya Negara Anggota Asia Tenggara Memerangi Rasuah (SEA-PAC), Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pencegahan Rasuah (UNCAC) dan Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol).
Beliau berkata suruhanjaya itu sentiasa menjadi tempat rujukan dan rakan kongsi pengalaman selain boleh dijadikan model kepada negara yang bercadang menubuhkan institusi pencegahan rasuahnya sendiri.
Katanya SPRM juga menerima pengiktirafan daripada Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah yang memberi penilaian berdasarkan mekanisme semak dan imbang dalam suruhanjaya itu menjalankan tugas secara bebas, telus serta profesional.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 13 2021

SPRM berjaya meningkatkan tanda aras amalan terbaik dalam usaha memerangi rasuah sehingga mendapat pengiktirafan pelbagai organisasi antarabangsa. - Gambar hiasan

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmi Kamaruzaman dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu
Datuk Azmi Kamaruzaman dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) suruhanjaya berkenaan berkuat kuasa 13 Februari lepas.

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Benarkan wakil rakyat terima aduan salah laku - Peguam
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu dipinda dengan memberikan kuasa kepada wakil rakyat untuk menerima maklumat.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

CEO, Pengerusi Able Global bebas tahanan reman SPRM
Able Global Bhd (Able Global) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Edward Goh Swee Wang dan Pengerusi Ng Keng Hoe sudah dibebaskan daripada tahanan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (S

Kes salah laku DBKL: Tiada elemen jenayah, wujud kelemahan tatakelola - Azam Baki
Tiada elemen jenayah didapati berlaku berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat DBKL yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Op Sky: SPRM akan panggil 5 hingga 10 lagi saksi, siasatan lengkap sebulan lagi
Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai di beberapa institusi kewangan dalam Op Sky dijangka selesai dalam tempoh sebulan.