KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9.


Ringkasan AI
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9. Mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan perkara tersebut dan menyatakan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM. Beliau meminta agar SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi.


Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Jelas sumber itu lagi, perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 16a Akta SPRM.

"Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi," katanya.