SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor melantik Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk melaksanakan pembangunan baharu Stadium Shah Alam dan fasilti sukan sekitarnya dengan kos ditetapkan sekitar RM787 juta.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kerajaan negeri hari ini menyerahkan surat niat (LOI) kepada MRCB selepas melalui proses yang panjang dan teliti bermula 2013 melibatkan 15 syarikat.
"MRCB dipilih berdasarkan kemampuan teknikal dan kewangan mereka, malah syarikat itu pernah terlibat dengan projek baik pulih Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2017 dengan kos berjumlah RM1 bilion," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.
Terdahulu, Amirudin menyaksikan penyerahan LOI tersebut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim kepada Naib Presiden Eksekutif MRCB, Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.
Amirudin berkata projek itu akan dilaksanakan secara perkongsian awam-swasta dengan MRCB akan menanggung kos pembangunan tanpa menggunakan dana awam dan syarikat itu akan dianugerahkan pertukaran tanah kawasan sekitarnya untuk dibangunkan.
Katanya, projek tersebut dijangka bermula seawal tahun hadapan dan dijangka siap pada 2026 seiring dengan pembinaan stesen Aliran Transit Ringan (LRT) 3 yang berdekatan dengan kawasan kompleks berkenaan.
"Stadium Shah Alam ini akan diinspirasikan berdasarkan Stadium Ajax Amsterdam dengan kapasiti sekitar 60,000 ke 70,000 penonton," katanya.
Beliau berkata Stadium Shah Alam berusia 28 tahun itu mengalami kerosakan termasuk bilik persalinan, bekalan elektrik, tempat duduk penonton ekoran tiga kejadian banjir pada 2006, 2015 dan tahun lalu.
Kos pembinaan stadium tersebut menelan belanja RM400 juta dan dirasmikan pada 16 Julai 1994.
Katanya, kos penggantian bumbung polikarbonat menelan belanja antara RM500 hingga RM1,000 sekeping.
Amirudin berkata satu pameran mengenai pembangunan kompleks itu akan diadakan pada September ini agar orang ramai dapat memahami rancangan pembangunan berkenaan dan turut boleh berkongsi maklum balas mereka di pameran itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada Majlis Penyerahan Surat Niat Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor hari ini. - Foto BERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Selangor cadang lima peratus dana rizab persekutuan diberi kepada negeri-negeri
Kerajaan negeri Selangor mencadangkan supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan lima peratus daripada dana rizab persekutuan untuk diberikan kepada kesemua negeri.

Belanjawan: Selangor kenal pasti jajaran utama bagi projek Rel Kita Selangor
Kerajaan Selangor kenal pasti jajaran utama bermula dari Sabak Bernam hingga ke Negeri Sembilan bagi pelaksanaan projek Rel Kita Selangor.

Pemulihan kanak-kanak GISB: Selangor tubuh pasukan khas
Penubuhan pasukan khas itu berdasarkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada 2 Okt lepas.

Sasar 50,000 usahawan sertai Platform Selangor pada 2025 - MB Selangor
Kerajaan negeri turut memperuntukan RM5 juta pada tahun ini bagi membantu para usahawan yang terlibat.

Kempen ‘GUARD OUR FUTURE’ KAO tiba di Malaysia, kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor banteras denggi
61,080 produk Biore GUARD Mos Block Serum disumbangkan bersama penganjuran program pendidikan dan kesedaran di 50 sekolah serata Selangor.

Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Kerajaan anjur Program Madani Rakyat Zon Tengah pada 23 - 25 Feb ini
Program Madani Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Baucar buku kepada mahasiswa Selangor minggu depan - MB
Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan baucar buku Kita Selangor bernilai RM200 kepada mahasiswa di negeri itu pada minggu hadapan.

Selangor bangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah
Smart Selangor Delivery Unit akan membangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah di setiap Pejabat Daerah dan Tanah negeri itu.

Penjawat awam Selangor wajar dapat insentif setanding pencapaian negeri - Amirudin
Menteri Besar Selangor membayangkan penjawat awam negeri itu bakal menerima insentif setanding pencapaian kerajaan negeri.