KUALA LUMPUR: Seramai 27 daripada 5,574 calon yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 memperoleh gred Mumtaz atau cemerlang, demikian menurut Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.
Beliau berkata Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.
Pkharuddin berkata adalah tidak relevan untuk membandingkan keputusan kali ini dengan tahun sebelumnya memandangkan pelaksanaan format baharu peperiksaan bermula 2020.
“Ini tidak akan memberi kesan besar dari segi kesediaan tempat di universiti kerana mereka memiliki peluang yang sama untuk melanjutkan pelajaran,” katanya pada sidang media pengumuman keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020, yang diadakan secara maya, hari ini.
Pada peperiksaan STAM 2019, seramai 41 calon memperoleh gred Mumtaz.
Sijil STAM terbahagi kepada empat gred iaitu Mumtaz (cemerlang), Jayyid Jiddan (Sangat Baik), Jayyid (Baik) dan Maqbul (Lulus) serta calon perlu sekurang-kurangnya mendapat gred Maqbul dalam 10 mata pelajaran untuk dianugerahkan sijil.
Secara keseluruhan, seramai 442 calon atau 7.9 peratus memperoleh keputusan Mumtaz; seramai 1,226 calon (22 peratus) Jayyid Jiddan; Jiddan (1,758 calon atau 31.5 peratus); Maqbul (230 calon atau 4.1 peratus) dan calon tidak layak sijil seramai 1,918 calon atau 34.4 peratus.
Beliau berkata ini menjadikan seramai 65.6 peratus calon layak mendapat sijil, selain menyatakan walaupun berhadapan cabaran pandemik COVID-19, rekod kehadiran calon STAM 2020 adalah tertinggi dalam tempoh empat tahun, iaitu 83.39 peratus.
Sijil STAM melayakkan calon untuk memohon bagi mengikuti program ijazah pertama di Universiti Al-Azhar, Mesir dan universiti tempatan dalam bidang yang sesuai dengan kelayakan masing-masing.
Semakan keputusan boleh dilakukan menerusi SMS dengan menaip STAMNoKadPengenalanAngkaGiliran dan hantar kepada 68886.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 17 2021

Adalah tidak relevan untuk membandingkan keputusan kali ini dengan tahun sebelumnya memandangkan pelaksanaan format baharu peperiksaan bermula 2020. - Gambar hiasan

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.

Peperiksaan STAM 2023 bermula 2 Jan ini
Peperiksaan STAM akan dijalankan di 131 pusat peperiksaan di seluruh negara.

STAM: Anak peniaga pasar malam cemerlang, balas pengorbanan abang
Anak kedua daripada lima beradik itu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Keputusan STAM diumum 18 April ini
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada 18 April ini.

Keputusan STAM diumum Khamis depan
KPM menerusi kenyataannya memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.

Tambah baik STAM: KPM, Al-Azhar Al-Sharif dalam peringkat akhir muktamad pindaan perjanjian - Radzi
Kementerian Pendidikan (KPM) dan Al-Azhar Al-Sharif, Mesir sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pindaan terhadap perjanjian sedia ada.

Pelajar SPM, STAM, UBPA boleh semak jadual waktu peperiksaan - KPM
KPM telah menyediakan jadual waktu peperiksaan bagi SPM, STAM dan UBPA tahun 2021.

STAM 2020: 27 daripada 5,574 calon peroleh gred Mumtaz
Indeks Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan adalah 3.04.

Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.