Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyerahkan surat tunjuk sebab kepada akhbar The Star berhubung penyiaran muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas yang bertajuk "Malaysian Terrorist Leader" disertai gambar umat Islam sedang solat tarawih.
Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata akhbar itu diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab surat tersebut mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadapnya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984, termasuk digantung permit penerbitan.
Menurutnya KDN amat dukacita dengan tajuk berita itu pada halaman yang turut dimuatkan gambar yang tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan berita berkenaan.
"Dan sangat tidak sesuai untuk disiarkan pada halaman yang sama kerana ia mengelirukan, menimbulkan salah faham dan prejudis terhadap umat Islam yang mungkin akan dikaitkan dengan keganasan," katanya.
Alwi dalam satu kenyataan hari ini berkata ia juga secara tidak langsung mempersendakan agama Islam.
Empat wakil pengurusan akhbar berbahasa Inggeris itu dilihat memasuki bangunan KDN di sini pada kira-kira 10.50 pagi dan meninggalkan premis berkenaan kira-kira sejam kemudian untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu ekoran tindakan KDN memanggil ketua editor The Star.
Empat wakil tersebut ialah pengarang pakar The Star M. Shanmugam serta tiga pengarang eksekutif iaitu Brian Martin, Dorairaj Nadason dan Rozaid Abdul Rahman.
The Star telah membuat permohonan maaf atas perkara tersebut semalam.
Menurut akhbar tersebut, adalah menjadi amalannya menerbitkan gambar umat Islam menunaikan solat tarawih di muka depan pada hari pertama Ramadan kerana menghormati bulan mulia itu.
Alwi dalam kenyataannya juga mengingatkan semua akhbar untuk bersama-sama memastikan kandungan penerbitan tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti dan boleh memudaratkan ketenteraman awam.
"Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara," kata Alwi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 29 2017
KDN hari ini menyerahkan surat tunjuk sebab kepada akhbar The Star berhubung penyiaran muka hadapan akhbar itu pada Sabtu lepas yang bertajuk "Malaysian Terrorist Leader" disertai gambar umat Islam sedang solat tarawih. -Gambar fail
Israel tangguh pembebasan 110 tebusan, Hamas desak pengantara campur tangan
Hamas mendesak pihak pengantara untuk campur tangan dalam penangguhan pembebasan tahanan Palestin oleh Israel.
AWANI Ringkas: Rasuah | Pelajar Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [30/1/2025] – Tidak sempat selamatkan harta benda | Utamakan kebajikan mangsa banjir | Perselisihan faham dua kumpulan | Nahas udara di Washington
- Banjir Bintulu, terburuk dalam 70 tahun
- Skandal projek RM4 juta, SPRM serah DBKL jalankan siasatan dalaman
- Kes rempuh ala 'Fast & Furious', polis tahan empat individu
- Pesawat komersial bertembung helikopter di Washington, 18 mayat ditemukan dalam sungai
- Skandal projek RM4 juta, SPRM serah DBKL jalankan siasatan dalaman
- Kes rempuh ala 'Fast & Furious', polis tahan empat individu
- Pesawat komersial bertembung helikopter di Washington, 18 mayat ditemukan dalam sungai
Penyelam mungkin telah temukan kotak hitam pesawat terhempas berhampiran Washington DC
Pesawat berkenaan telah pecah kepada beberapa bahagian yang berada pada kedalaman antara 1.5 meter hingga 2.5 meter.
Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.
Kesemua mangsa terlibat berkemungkinan terkorban
Pihak Berkuasa Washington menjangkakan kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan di udara melibatkan sebuah pesawat komersial dengan helikopter di Lapangan Terbang Kebangsaan Reagan, terkorban.
Dialog ASEAN: ASEAN-Malaysia 2025 | From turmoil to Trump 2.0
How will Malaysia steer ASEAN through shifting geopolitics, economic hurdles and regional turmoil ? Could a second Trump presidency shake up the bloc’s dynamics? Join our guests as they unpack what’s at stake for ASEAN 2025.
Malaysia Negara ASEAN Pertama Bakal Bangunkan Bandar Wakaf di Gaza
Malaysia kini berada di landasan sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang bakal membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza, sebuah projek berimpak tinggi di bawah naungan Perdana Menteri.
Pertemuan Semula Selepas 11 Tahun, Detik Mengharukan di Aleppo
Selepas 11 tahun, Hilal Azmi kembali ke Aleppo, Syria, untuk bertemu semula dengan warga yang meninggalkan kesan mendalam dalam hidupnya. Rasai kehangatan, ketabahan, dan kisah-kisah inspirasi rakyat Syria dalam perjalanan penuh emosi ini.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa di mahkamah esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, esok.
Fahmi terima memorandum berkaitan PPPA
Menteri Komunikasimenerima memorandum daripada gerakan gabungan tiga organisasi media yang tidak bersetuju dengan cadangan pindaan beberapa akta khususnya Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.
Saifuddin nafi dakwaan KDN pinda akta kawal media dalam talian
Saifuddin menafikan dakwaan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Kebebasan media: Beberapa akta perlu dilihat semula - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dilihat semula.
The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab
KDN amat dukacita dengan tajuk berita itu pada halaman yang turut dimuatkan gambar yang tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan berita berkenaan.
Pengharaman pakaian kuning dengan perkataan 'Bersih 4' adalah sah - Mahkamah
Keputusan menteri Menteri Dalam Negeri dalam membuat perintah itu tidak mengalami apa-apa yang menyalahi undang-undang, tidak rasional dan ketidaksopanan prosedur.
Akhbar Harakah dirampas di seluruh negara
Lidah rasmi PAS, Harakah dirampas di seluruh negara pagi tadi.