MELAKA: Status projek pembinaan bangunan baharu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Klebang di sini, akan diputuskan selepas isu persempadanan kawasan antara MBMB dan Majlis Hang Tuah Jaya (MPHTJ) diwartakan.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan berkata projek pembinaan yang dihentikan pada 2018 itu perlu mengambil kira pelbagai perkara, antaranya nilai pasaran hartanah, nilai pasaran cukai, bebanan kerja serta nilai aset domestik dan aset komersial kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
"Setakat ini kita baharu mendapat keputusan persempadanan semula kawasan antara MBMB dan MPHTJ daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada minggu lepas dan keperluan untuk meneruskan pembinaan bangunan baharu MBMB itu, bergantung pada pewartaan sempadanan berkenaan.
"Jika bangunan MBMB kekal di kawasan sedia ada, maka projek bangunan baharu MBMB di Klebang tidak akan diteruskan," katanya kepada pemberita selepas melawat sempena pembukaan rasmi 'Leypark Station' di Dataran Ayer Keroh di sini malam tadi.
Bangunan sedia ada MBMB di Ayer Keroh terletak di dalam kawasan MPHTJ dan berhadapan dengan bangunan MPHTJ.
Projek pembinaan bangunan baharu MBMB setinggi tujuh tingkat di kawasan seluas enam hektar di Klebang yang menelan kos RM140 juta dihentikan pada 2018 atas beberapa faktor, termasuk kos kira-kira RM400 juta yang perlu ditanggung MBMB dalam tempoh 25 tahun sekiranya pembinaan bangunan baharu itu diteruskan.
Dalam perkembangan lain, Zaidi berkata kerajaan negeri menerusi empat PBT di negeri itu sedang giat melaksanakan usaha mentransfromasikan kawasan perniagaan di sekitar negeri itu, khususnya melibatkan peniaga atau penjaja kecil.
Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan Manifesto Barisan Nasional (BN) di bawah teras kedua, iaitu menyokong kelangsungan perniagaan dengan memperbanyak tempat berniaga yang dilengkapi infrastruktur asas yang lengkap, dalam tempaoh 100 hari pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN.
"Transformasi ini meliputi membangunkan pusat penjaja yang mempunyai infrastruktur lengkap, selain menyusun semula pasar malam, pasar serta bazar ramadan pada bulan puasa nanti.
"Peluang perniagaan ini juga meliputi peluang baharu dan lama yang diwujudkan di semua kawasan PBT, kerana kita mahu membangun dan membantu meringankan beban peniaga sedia ada dan usahawan baharu, dari aspek mencari pendapatan tambahan terutama dalam tempoh penularan COVID-19 ini," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua MPHTJ Datuk Shadan Othman berkata 'Leypark Station' yang berkonsepkan pasar malam seperti Jonker Walk, bukan sahaja menjadi destinasi pelancongan baharu di kawasan pentadbiran PBT berkenaan, malah ia membuka ruang kepada lebih ramai penjaja kecil atau golongan muda untuk menambah pendapatan.
Beliau berkata kawasan berkonsepkan rekreasi dan peniagaan yang diwujudkan di bawah Rancangan Kawasan Khas Pelancongan MPHTJ itu, beroperasi empat hari seminggu bermula Khamis malam telah menarik lebih 1,000 pengunjung sejak ia mula dibuka sebulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022

Zaidi berkata, kerajaan negeri menerusi empat PBT sedang giat melaksanakan usaha mentransfromasikan kawasan perniagaan, khususnya melibatkan peniaga atau penjaja kecil. - Gambar fail

Tertangkap 'makhluk asing' dari dasar laut tanpa sengaja
Makhluk pelik berukuran 44 sentimeter itu dikenal pasti sebagai Aptocyclus ventricosus atau ikan lumpus licin yang ditemui di laut dalam.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Mac 2025]
Fokus #AWANIpagi 1 Mac 2025 7.30 pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.
Umat Islam di Malaysia berpuasa Ahad.
Perkhidmatan e-filing bagi Tahun Taksiran 2024 dibuka hari ini.
Kes Zulfarhan: 6 bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati.

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Status bangunan MBMB diputuskan selepas isu persempadanan diwartakan
Datuk Zaidi Attan berkata projek pembinaan yang dihentikan pada 2018 itu perlu mengambil kira pelbagai perkara.