KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) pada Jumaat menafikan banjir yang melanda daerah Beaufort dan Tenom adalah disebabkan pelepasan air melalui Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi miliknya di Tenom.
Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Norhizami Abu Hasan berkata stesen itu direka berkonsepkan penggunaan aliran sungai untuk menjana tenaga elektrik dan bukan melalui sistem empangan.
"Stesen ini beroperasi menggunakan kaedah mengalihkan aliran air sungai menerusi terowong sehingga ke tarbin hidro di stesen janakuasa bagi tujuan pengoperasian stesen.
"Jumlah air yang dialihkan tersebut adalah sama dengan jumlah air dilepaskan semula ke sungai," katanya kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa banjir di Beaufort dipercayai disebabkan oleh pelepasan air di stesen janakuasa itu.
Norhizami berkata 'Diverson Water Gate' (DGW) yang menyerupai sebuah empangan dibina di stesen itu adalah struktur pagar direka untuk mengalihkan laluan air sungai bagi penjanaan tenaga elektrik.
Beliau berkata apabila paras air sungai meningkat dan aliran sungai berlebihan, SESB akan membuka DWG dan melepaskan lebihan air secara semula jadi ke sungai.
"DWG ini akan dibuka secara berperingkat bagi pengaliran masuk air ke sungai dan pihak SESB juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi tujuan pemakluman pembukaan pintu pagar DWG tersebut," katanya.
Norhizami berkata SESB memberi jaminan keselamatan kepada semua pihak dan perkara itu merupakan keutamaan SESB di dalam pengoperasian Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi yang telah beroperasi sejak 1980-an serta berjaya memanfaatkan sumber tenaga lestari bagi membekalkan tenaga elektrik untuk Sabah.
Katanya penduduk Beaufort dan Tenom boleh menghubungi SESB Careline 15454 atau 088- 515000 atau aplikasi WhatsApp di talian 019-852 5427 untuk sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 22 2021

SESB nafi banjir yang melanda daerah Beaufort dan Tenom adalah disebabkan pelepasan air melalui Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi miliknya di Tenom. -Bernama

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.

JPS Kelantan sedia reka bentuk jambatan baharu Rong Chenok
JPS Negeri Kelantan telah menyediakan reka bentuk jambatan baharu bagi menggantikan jambatan di Kampung Rong Chenok, Rantau Panjang yang runtuh akibat banjir pada November tahun lepas.

Projek dalamkan dasar Sungai Sebiew perlu disegerakan - Tiong
Sistem tebatan banjir sedia ada, ada yang tidak mempunyai perancangan yang betul dan tidak lagi berupaya menjalankan fungsi yang sepatutnya.

2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.