KUALA LUMPUR:Pusat Darah Negara (PDN) menyeru orang ramai, khususnya mereka yang mempunyai darah Kumpulan B, supaya tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah berkenaan.
Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr Noryati Abu Amin berkata, bekalan darah daripada kumpulan itu menyusut kerana kegusaran orang ramai tampil menderma darah susulan peningkatan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini.
"Orang ramai digalakkan untuk terus konsisten menderma darah dan tidak menjadikan peningkatan kes COVID-19 pada masa kini, sebagai penghalang untuk berbuat demikian.
Ini amat penting bagi menampung keperluan bekalan darah setiap hari termasuk daripada Kumpulan B dan stok sedia ada susut," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah tidak perlu khuatir kerana pihaknya sentiasa mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan bagi membendung penularan wabak itu.
Dr Noryati berkata pihaknya juga akan memastikan proses menderma darah yang dilakukan ke atas setiap individu itu selamat.
BACA: COVID-19: Kumpulan darah O paling kurang berisiko - Kajian
"Memang sebelum berlakunya penularan wabak ini, kita di PDN memang mempunyai SOP yang ketat sebelum membenarkan mana-mana individu menderma darah.
"Kita akan pastikan penderma sihat 100 peratus dan pendekatan itu juga kita guna sehingga kini, jadi mana-mana individu yang tidak sihat contohnya demam, memang kita tidak membenarkan mereka untuk menderma darah," katanya.
Beliau berkata orang ramai juga tidak perlu risau kerana COVID-19 telah dikenal pasti tidak akan berjangkit melalui pemindahan darah.
Mengulas lanjut, Dr Noryati berkata sehingga hari ini PDN mempunyai kira-kira 2,000 stok beg darah dan 600 beg diagihkan untuk menampung keperluan seluruh hospital di Lembah Klang dalam sehari.
"Buat masa ini stok bekalan darah masih mencukupi namun kita bimbang sekiranya orang ramai takut dan khuatir untuk tampil menderma darah kerana peningkatan kes COVID-19, bekalan darah akan berada pada paras kritikal.
"Kita tidak mahu ini berlaku kerana kita memerlukan bekalan yang mencukupi bagi menampung kes luar jangka seperti yang membabitkan kemalangan dan pembedahan di mana pesakit memerlukan bekalan darah segera," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 15 2020

Dr Noryati Abu Amin berkata, orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah tidak perlu khuatir kerana pihaknya sentiasa mengamalkan SOP yang ditetapkan KKM. - Gambar hiasan/Freeimages

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.

Pusat Darah Negara sedia koordinasi, mobilisasi bekalan darah ke negeri terjejas banjir
Pusat Darah Negara bersedia untuk mengkoordinasi serta memobilisasikan bekalan darah negara sedia ada kepada negeri yang terjejas bencana banjir sekiranya bekalan diperlukan.

Trend pendermaan darah meningkat, stok mencukupi - Pusat Darah Negara
Peningkatan trend itu disebabkan penderma-penderma darah prihatin yang tampil secara konsisten bagi membantu pesakit yang memerlukan.

Derma darah tujuh hari selepas vaksinasi jika tiada kesan sampingan - PDN
Individu yang menghadapi kesan sampingan ringan dibolehkan menderma darah selepas tujuh hari sembuh daripada sebarang gejala.

Bekalan darah negara menyusut, keprihatinan orang ramai ditagih
PDN menyasarkan sekurang-kurang 3,500 beg darah untuk kegunaan seminggu.

Derma darah: 'Saya yang penakut pun mampu redah...'
Namun, sedarkah kita bahawa nilai setitik darah itu cukup besar bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan?

Bekalan darah di Pusat Darah Negara bawah zon selamat
Bekalan darah di Pusat Darah Negara (PDN) kini pada paras bawah zon selamat, khususnya bagi jumlah stok darah jenis A dan O yang rendah, kata Timbalan Pengarah 1 PDN Dr Tun Maizura Mohd Fathlullah.

Stok darah kumpulan B kurang, masyarakat digesa tampil derma darah
Pusat Darah Negara (PDN) menyeru orang ramai, khususnya mereka yang mempunyai darah Kumpulan B, supaya tampil menderma darah bagi meningkatkan stok darah berkenaan.

Bekalan darah berkurangan 40 peratus sejak PKP - KKM
Bekalan darah di Pusat Darah Negara dan tabung-tabung darah di seluruh negara berkurangan sebanyak 40 peratus sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KKM teliti cadangan ambil darah dari rumah penderma - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia sedang meneliti cadangan untuk melaksanakan khidmat mengambil darah dari rumah penderma bagi menampung keperluan darah di hospital.