KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberikan jaminan bahawa stok fizikal beras di pasaran adalah mencukupi dan mampu menampung keperluan bagi tempoh 5.48 bulan.
KPKM memberitahu, sehingga kini stok fizikal beras negara adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.
"Pada masa sama, jumlah stok fizikal beras negara berbanding jumlah penduduk ialah antara yang tertinggi dan terjamin di rantau ini.
"KPKM memberikan jaminan bahawa bekalan beras sebagai makanan ruji negara di pasaran adalah mencukupi untuk keperluan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
KPKM memberitahu, ketika ini, pengedaran stok beras putih tempatan (BPT) sedang giat dijalankan dan penurunan harga beras putih import (BPI) di antara RM2 hingga RM3, turut dilaksanakan bagi menampung keperluan pengguna seperti yang dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), bulan lalu.
Menurut kenyataan KPKM, kerajaan turut melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menjamin peningkatan pengeluaran beras tempatan, khususnya melalui 12 Inisiatif Gelombang Padi dan antara yang dirangka ialah peluasan program Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) Ala Sekinchan, program penanaman padi lima musim untuk dua tahun dan inisiatif memperkukuh infrastruktur pengairan sawah.
"KPKM juga menggalakkan penanaman dan pengambilan hasil tanaman lain yang bernutrisi dan sihat oleh rakyat, selain daripada makanan ruji negara dan perkara ini merupakan penekanan utama KPKM dalam melaksanakan agenda keterjaminan makanan negara, selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2021-2030," kata kenyataan itu.
Pada 16 Januari lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, dilaporkan berkata Inisiatif Gelombang Padi digerakkan tahun ini bagi mengangkat industri padi dan beras negara ke tahap lebih cekap dan berdaya tahan.
Beliau berkata KPKM menggariskan 12 program untuk dilaksanakan menerusi inisiatif itu, yang merupakan ‘pencetus perubahan’ bagi transformasi industri padi dan beras negara antaranya memperkenalkan dasar baharu Insentif Benih Padi Sah (IBPS).
Umavathi Ramayah
Mon Apr 08 2024

Stok fizikal beras di pasaran adalah mencukupi dan mampu menampung keperluan bagi tempoh 5.48 bulan. - Foto hiasan/ PEXELS
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

TUDM terima pesawat tanpa pemandu dari Turkiye tahun ini
TUDM dijangka mula menerima sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance-Unmanned Aerial System (MALE-UAS) "ANKA" buatan Turkiye yang diperoleh pada Mei 2023, dalam tahun ini.
Terminal 3 hanya dibina jika kapasiti penumpang penuh
Pembangunan Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya akan dipertimbang apabila Terminal 2 mencapai kapasiti maksimum pengendalian penumpang.

Cadangan import beras dari Pakistan dibawa kepada Bernas - Syed Abu Hussin
Cadangan itu telah disuarakan kepada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selaku pengimport tunggal beras di negara ini.

Indonesia kekalkan pengeluaran beras stabil meskipun hadapi cabaran El Nino
Menteri Pertanian Indonesia berkata, pengeluaran beras negara itu mencecah hampir 31 juta tan menjelang akhir tahun ini.

Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.

Menteri Indonesia jamin bekalan beras cukup hingga akhir tahun
Zulkifli Hasan menjelaskan stok beras di Gudang Bulog di Jakarta mencapai 140,000 tan.

Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.

PGA8 rampas 1,000kg beras seludup di Pasir Mas
PGA8 merampas 1,000kg beras bernilai RM14,260 yang dipercayai diseludup masuk dari Thailand dalam Op Taring Wawasan.

Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.

Stok fizikal beras negara mampu tampung keperluan hampir enam bulan
Stok fizikal beras negara sehingga kini adalah sebanyak 1,096,964 tan metrik termasuk 290,000 tan metrik stok penimbal beras.

Kerajaan rangka dasar padi, beras demi kepentingan semua pihak
Mohamad berkata, kementeriannya mungkin mengambil masa tiga hingga empat bulan daripada sekarang sebelum mengumumkan dasar itu.

Sektor agromakanan catat pertumbuhan memberangsangkan - Mohamad Sabu
Sektor agromakanan tumbuh lebih kukuh pada 2023 dengan peningkatan 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada 2022.