GOPENG: Sebuah stor tempat penyimpanan bahan mentah di Balai Polis Gopeng, di sini, terbakar dalam kejadian tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mereka menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 12.23 pagi.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah stor kelas A berkeluasan 4x6 kaki di balai polis berkenaan.
“Stor dijadikan sebagai tempat penyimpanan bahan-bahan mentah dan musnah terbakar 11 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya lagi, anggota bomba yang tiba di tempat kejadian membuat operasi pemadaman menggunakan dua aliran dua pancutan 100 kaki sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Katanya, operasi dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dengan dibantu anggota dari BBP Simpang Pulai.
Operasi yang diketuai sendiri Ketua BBP Gopeng, Penolong Penguasa Bomba Saiful Rizan Sulaiman, tamat jam 1.41 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Sun Dec 18 2022
![Stor bahan mentah Balai Polis Gopeng terbakar Stor bahan mentah Balai Polis Gopeng terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671400806_JBPMPerak.jpg)
Anggota bomba sedang menjalankan operasi pemadaman di stor penyimpanan bahan mentah di Balai Polis Gopeng dalam kejadian awal tengah malam tadi. -JBPM Perak
![Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738911973_TBKhlongHae.jpg)
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM, pintas pesawat asing dan Force Down
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan meenrbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing serta force down bagi membuktikan kesiapsiagaan ketumbukan itu mempertahankan ruang udara negara.
AWANI Borneo [7/2/2025] – Hujan lebat berterusan| Wang saku mahasiswa Sarawak| Taman Teknologi Hijau Kota Petra
AWANI Borneo Jumaat, 7 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
![Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738927587_MahkamahKangarGag.jpg)
Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.
![Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738927525_Duapekerjamelecur.jpg)
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
Mahasiswa asal Sarawak yang menuntut di mana mana institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bakal menerima wang saku RM1,200 setahun bermula April depan.
![Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738927082_plane.jpg)
Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska
Sebuah pesawat yang membawa 10 orang dilaporkan hilang lewat petang Khamis berhampiran Nome, bandar utama paling barat di Alaska.
Yayasan Sarawak beri bantuan kewangan untuk lepasan SPM pelajaran di IPT milik negeri
Anak Sarawak yang melanjutkan pendidikan tinggi di enam institusi milik Negeri itu akan mendapat bantuan kemasukan institusi pengajian tinggi berjumlah RM1,000 selain elaun RM300 untuk mengikuti program pemantapan Bahasa Inggeris selama sebulan.
![Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927419_TBBAZAAR.jpg)
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
![Stor bahan mentah Balai Polis Gopeng terbakar Stor bahan mentah Balai Polis Gopeng terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51671400806_JBPMPerak.jpg)
Stor bahan mentah Balai Polis Gopeng terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah stor kelas A berkeluasan 4x6 kaki di balai polis berkenaan.