BANGI: Strategi kerjasama dengan Indonesia untuk memerangi lobi antiminyak sawit dilihat mampu memberi tekanan kepada Kesatuan Eropah (EU), kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.
Beliau berkata tindakan itu mungkin satu pilihan yang boleh dilakukan oleh Malaysia dan Indonesia -- negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia -- dalam usaha menentang diskriminasi EU terhadap minyak sawit susulan peraturan penebangan hutan baharu yang ditetapkan oleh blok perdagangan tersebut.
Kedua-dua negara melalui Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) akan cuba mencari cara untuk memberi tekanan kepada EU supaya Indonesia dan Malaysia tidak dibuli sewenang-wenangnya, katanya.
"Sekiranya kita merasakan ia satu pendekatan yang strategik dan boleh membantu, saya rasa kita patut teruskan bersama-sama Indonesia supaya kita tidak sewenang-wenangnya ditekan dengan undang-undang baharu yang sentiasa menyisihkan dan membelakangkan sawit.
"Apabila kita bersatu dan membuat keputusan untuk tidak membekalkan minyak sawit kepada mereka, jadi ia akan memberi kesan dan tekanan sedikit sebanyak kepada mereka supaya mereka lebih rasional dan berlaku adil," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis CEO Day@UKM di sini, pada Sabtu.
Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia mungkin menghentikan eksport minyak sawit ke EU dan mahu menumpukan eksport ke negara lain.
Justeru, Fadillah akan berlepas ke Indonesia pada Februari untuk bertemu rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan lain bagi menyusun strategi dan memperkukuh usaha memerangi kesan negatif yang menyelubungi komoditi itu.
Kunjungan tersebut mungkin dilihat sebagai susulan daripada pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Indonesia Joko Widodo baru-baru ini.
Kedua-duanya telah bersetuju untuk bekerjasama memerangi diskriminasi terhadap komoditi tersebut.
Indonesia dan Malaysia menyumbang hampir 80 peratus kepada pengeluaran minyak sawit global.
Eropah ialah pengimport ketiga terbesar minyak sawit Malaysia yang menyumbang sembilan peratus daripada jumlah eksport.
Menurut peraturan penebangan hutan yang dicadangkan, komoditi seperti sawit yang ditanam atau diternak di atas tanah yang melalui penebangan hutan atau degradasi hutan akan diharamkan daripada memasuki pasaran EU selepas peraturan diluluskan di Parlimen Eropah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023

Kedua-dua negara melalui CPOPC akan mencari cara untuk beri tekanan kepada EU supaya Indonesia dan Malaysia tidak dibuli sewenang-wenangnya. - Gambar hiasan/Bernama

Ringgit terus catat kenaikan pada sesi pembukaan selepas cecah paras tertinggi hampir tiga minggu
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4140/4225 daripada 4.4165/4200 pada Jumaat lepas.

TIC sasar 50,000 pelancong Indonesia ke Kelantan tahun ini
Menerusi promosi dibuat MyBHA, ia telah menjadikan Kelantan sebagai antara tempat pelancongan baharu kepada rakyat Indonesia.
AWANI Pagi: Revolusi pengurusan aset strategik - Pendekatan berasaskan data dan AI
Diskusi pagi Isnin bersama Profesor Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor ,(Penjanaan dan Prasarana) & Pengarah Eksekutif Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) membincangkan mengenai apa itu pengurusan aset strategik dalam kontek penggunaan data dan kecerdasan buatan (AI).

Seorang remaja maut, dua selamat dalam kemalangan di Machang
JBPM Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 3.34 pagi dan enam anggota daripada BBP Ketereh telah bergegas ke lokasi kejadian.

Skuad takraw Bihar 2025 buat simulasi awal Ramadan
Bekas tekong negara itu mahu pemain menggandakan usaha dalam membentuk kekuatan mental dan fizikal dalam baki sesi latihan.
FBMKLCI: Merosot 3.12 peratus, aliran keluar pelabur asing berterusan
FBMKLCI mencatat pulangan 13.02 peratus pada 2024, tetapi setakat 21 Februari 2025, indeks ini turun sebanyak negatif -3.12 peratus Kita juga melihat aliran keluar pelabur asing yang berterusan, dengan jumlah mencecah MYR10.9 bilion sejak Oktober 2024. Walaupun Ringgit semakin kukuh kepada 4.41 per USD dan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 dengan inflasi kekal rendah, pasaran saham masih menunjukkan kelemahan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu
1. Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
2. KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
3. PM minta henti berganduh perkara remeh, fokus timba ilmu

Pengurusan dana awam, kes buli antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jamaludin ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan dana awam yang diumumkan dalam belanjawan tidak diseleweng.
Ringgit dijangka cecah paras sokongan 4.36 minggu ini
Ringgit diunjur bergerak ke arah paras sokongan pada 4.36 berbanding dolar Amerika minggu ini, dipacu oleh keyakinan terhadap pendekatan tarif kurang agresif oleh pentadbiran Presiden Donald Trump.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.

Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.

Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.

Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.

Minyak sawit Malaysia pertingkat industri minyak makan Pakistan - Johari
Johari berkata Pakistan menggunakan lebih lima juta tan minyak dan lemak setiap tahun.

Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak sawit terbakar dalam kemalangan
Sebuah lori tangki membawa minyak sawit dan dua kenderaan lain terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Penambang, Kuala Selangor hari ini.

Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.