BATU KAWAN:Jambatan Batu Kawan yang menghubungkan Batu Kawan ke Bandar Cassia merentasi Sungai Jejawi sepanjang 211 meter, telah mengalami runtuhan di bahagian struktur tiang kedua pada Isnin, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri melalui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), akan memulakan siasatan susulan kejadian tersebut.
Menurutnya PDC akan melantik perunding bebas bagi membantu siasatan dan meneliti punca kejadian runtuhan berkenaan dengan kadar segera.
"Buat masa ini, kita dapati sebahagian struktur tiang kedua daripada empat tiang jambatan Batu Kawan telah bergerak sebanyak lima ke enam meter dari tempat asal, dan telah runtuh memasuki Sungai Jejawi.
"Kejadian tersebut boleh dikatakan kegagalan struktur (pada tiang kedua Jambatan Batu Kawan) dan puncanya akan dikaji oleh perunding bagi projek ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak Projek Jambatan Batu Kawan di sini semalam.
Beliau berkata, PDC juga akan mencadangkan kepada pihak perunding yang dilantik itu untuk menjalankan kerja mitigasi, pemuliharaan dan pembinaan semula tiang kedua tersebut, demi keselamatan semua pihak terlibat.
"Oleh itu, kita perlu beri sedikit masa kepada perunding menyelesaikan siasatan dan mengkaji punca kejadian ini," katanya.
Menurut Chow, PDC turut mengakui siasatan akan mengambil masa berikutan ia melibatkan struktur binaan yang agak rumit, seperti cerucuk yang berada di dalam sungai.
"Mengikut kontraktor, bahagian binaan di dalam sungai adalah bahagian paling rumit dalam projek ini sebab lokasinya di dalam sungai. Jadi, kita akan tunggu laporan penuh," katanya.
Projek pelebaran jalan daripada dua lorong kepada enam lorong milik PDC di Jambatan Batu Kawan itu mula dilaksanakan pada 2017 dan dijangka siap tahun depan dengan kos sebanyak RM33.5 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020

Chow semalam meninjau keadaan struktur binaan pada Jambatan Batu Kawan yang runtuh pada Isnin. --fotoBERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Skype tamat operasi 5 Mei, pengguna digalakkan beralih ke Microsoft Teams
Aplikasi Skype bakal menamatkan operasinya pada 5 Mei ini selepas 21 tahun beroperasi.

Jurulatih wanita, Jeffer Rosobin berpisah dengan BAM
Jurulatih perseorangan wanita negara, Jeffer Rosobin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, selepas 16 bulan bersama badan induk itu, demikian menurut kenyataan BAM hari ini.

Apartmen wakaf Negeri Sembilan di Gaza bakal beri manfaat bermakna - MAPIM
Usaha kerajaan negeri melancarkan tabung Apartmen Wakaf Negeri Sembilan iaitu sebahagian daripada projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza bakal memberi manfaat bermakna kepada penduduk Gaza dan menjadi c

ASEAN perlu perkukuh kepusatan, tumpu sasaran realistik - Nazir Razak
Ekonomi Asia Tenggara digesa untuk meningkatkan perdagangan dan memperkukuh kepusatan bagi melindungi negara mereka daripada keadaan global yang tidak menentu di tengah-tengah ancaman tarif Presiden A

Wanita Jepun maut jatuh kondominium di Subang Jaya
Seorang wanita warga Jepun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, pagi tadi.

Polis Johor tahan lelaki bersama dadah bernilai RM2.58 juta
Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.58 juta dalam satu operasi di sekitar daerah ini pada 16 Feb lepas.

Produk disahkan halal tiga badan pensijilan halal tidak dibenar masuk Malaysia - JAKIM
Larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM.

ASEAN penting untuk kestabilan serantau di tengah ketegangan global - Syed Hamid
Tan Sri Dr Syed Hamid Albar menekankan kepentingan ASEAN dalam mengekalkan kestabilan serantau, menyifatkannya sebagai platform penting untuk dialog dan kerjasama dalam kalangan negara anggota.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.

Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.

Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.

Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Pejalan kaki maut ketika sedang ambil gambar kejadian kemalangan
Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta yang hilang kawalan ketika dia sedang mengambil gambar kejadian kemalangan di Kilometer 14, Lebuh Raya Iskandar Sultan pagi tadi.