KANGAR: Seorang pemilik rumah perlindungan kanak-kanak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan tiga tahun lepas.
Azim Zaidi Abdul Rahman, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berumur 17 tahun tujuh bulan di sebuah rumah di Jejawi, Arau di sini pada 21 Sept 2021 mengikut Seksyen 14(a) serta 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.
Di mahkamah sama, isteri Azim Zaidi iaitu Harisun Abdul Rahman, 53, yang berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan kesalahan itu, minta dibicarakan.
Mahkamah kemudian membenarkan pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta memerintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi dan menetapkan 13 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Alia Suzila Chek Pi manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Pyara Singh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
![Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat Suami didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 17 tahun, isteri bersubahat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713957795_tbGENERICJENAYAHSE.jpg)
Pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin sebanyak RM10,000 serta diperintahkan agar mereka tidak menghampiri mana-mana saksi. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.
![OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739331837_OKUmental.jpg)
OKU mental tidak mengaku amang seksual remaja lelaki 16 tahun
Dia yang juga jurulatih badminton didakwa menyentuh mangsa dengan cara menyentuh kemaluan, mencium pipi dan meraba bahagian badan mangsa.
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
![Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki
Seorang guru didakwa lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua pelajar lelakinya pada tahun 2023.
![Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736827290_rumahhantusekolah.jpg)
Guru lelaki didakwa cabul dua murid dalam rumah hantu sekolah
Mohd Azhar mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
![Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.
![Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733465793_TBPUAZMAN.jpg)
Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan
Hakim Rasyihah Ghazali memerintahkan Azman Syah, 43, atau lebih dikenali sebagai PU Azman itu menjalani hukuman di Penjara Kajang bermula hari ini.
![Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734595974_Pengetuamengakutid.jpg)
Pengetua mengaku tidak bersalah amang seksual pelajar perempuan 16 tahun
Seorang pengetua sekolah mengaku tidak bersalah berkomunikasi secara seksual dan amang seksual bukan fizikal terhadap pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 2 Julai lalu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Disember 2024.
![PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734423788_tbPendakwahselebrit.jpg)
PU Azman dihukum penjara 7 tahun, dua sebatan kes amang seksual
Hakim menjatuhkan hukuman berkenaan terhadap tertuduh selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan dibacakan pada prosiding sebutan semula kes.