KUALA PILAH: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan meninggalkan dua anaknya yang masih kecil tanpa pengawasan dalam kereta yang tidak dimatikan enjin bulan lalu.
Tindakan tersebut telah menyebabkan kenderaan yang diparkir menggelongsor dan mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki.
Tertuduh, Muhammad Firdaus Shariman, 33, dan Siti Salasiah Jumaah, 25 membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh bersama-sama didapati mendedahkan dua anaknya iaitu seorang perempuan berusia lima tahun tujuh bulan dan seorang lelaki berusia setahun tiga bulan dengan cara meninggalkannya dalam kenderaan yang tidak dimatikan enjin tanpa pengawasan.
Ia mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 12 Mac lalu jam lebih kurang 5.30 petang di bahu jalan berhadapan Tapak Bazar Ramadan Kuala Klawang, Jelebu.
Sehubungan itu tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(A)Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Dalam kamar sama, Siti Salasiah turut mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan pada tarikh, waktu dan lokasi sama, sebagai pemandu sebuah kereta jenis Proton Persona, dia didakwa meninggalkan kenderaan tersebut dalam keadaan enjin tidak dimatikan tanpa pengawasan dengan cuai telah mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Norazihah kemudiannya memohon tarikh sebutan kes bagi fakta serta hukuman dan menawarkan wang jaminan sebanyak RM5,000 seorang dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah bagi pertuduhan pertama.
Manakala Norazihah menawarkan wang jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin kepada Siti Salasiah bagi pertuduhan kedua.
Dalam rayuannya kedua-dua tertuduh memohon wang jaminan dikurangkan susulan Siti Salasiah hanya merupakan suri rumah manakala Muhammad Firdaus baru mendapat pekerjaan sebagai tukang kebun selain berdepan dengan kekangan kewangan.
Hakim kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 setiap seorang dengan seorang penjamin bagi pertuduhan secara bersama dan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sementara itu,satu lagi pertuduhan yang dihadapi Siti Salasiah dikenakan wang jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dengan tarikh sebutan semula kes pada 2 Mei depan.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 03 2024

Muhammad Firdaus dan Siti Salasiah tiba di pekarangan mahkamah diiringi anggota polis. - Foto Sinar Harian

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Suami isteri didakwa tinggalkan dua anak dalam kereta
Sepasang suami isteri didakwa meninggalkan dua anaknya yang masih kecil tanpa pengawasan dalam kereta yang tidak dimatikan enjin.

Suami isteri didakwa jadi pengangkut seludup PATI
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Batu 12, Jalan Bagan Datoh, Hutan Melintang, pada jam 5.30 pagi, 29 November lalu.

Suami isteri didakwa edar 51 kilogram ganja
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani, atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 51 kilogram.

Suami isteri tidak mengaku bersalah dera, aniaya dua anak
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menganiaya hingga menyebabkan kecederaan fizikal dua anak mereka.

Suami isteri mengaku tidak bersalah 'scam' bekalan baju raya
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal membekalkan baju raya kepada seorang individu, Februari lalu.

Suami isteri didakwa miliki 53 keping wang palsu
Mengikut pertuduhan, pasangan itu tahu 53 keping wang kertas RM100 yang dimiliki mereka adalah palsu.