JOHOR BAHRU: Polis menahan sepasang suami isteri kerana tidak membenarkan anak lelaki mereka berusia 13 tahun masuk ke dalam rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat keluarga berkenaan di Pasir Gudang di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata pasangan warga tempatan berusia 56 dan 54 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam susulan tular di media sosial beberapa keping gambar remaja tersebut tidur di kaki lima.
Katanya gambar yang dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook Group Komuniti Taman Air Biru mula dikesan semalam oleh pihak polis, seterusnya membawa kepada sisatan lanjut.
"Hasil siasatan awal mendapati remaja berkenaan telah diabaikan oleh ibu bapanya dengan dibiarkan tidur di kaki lima perumahan itu selama empat hari sejak Ahad lepas sehingga semalam.
"Melalui semakan mendapati suspek lelaki mempunyai dua rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing kedua-dua suspek adalah negatif dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, pasangan suami isteri berkenaan ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal atau emosi.
"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Mohd Sohaimi berkata pasangan warga tempatan berusia 56 dan 54 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam susulan tular di media sosial beberapa keping gambar remaja tersebut tidur di kaki lima. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Keputusan bedah siasat, kematian berpunca tekanan di leher akibat jerutan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hasil bedah siasat terhadap pegawai tribunal kastam mendapati kematian disebabkan tekanan di leher akibat jerutan.

Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine.
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

Piala AMEC: Didakwa jual perlawanan, penjaga gol Kemboja bebas tuduhan
Penjaga gol Kemboja, Vireak Dara, bebas daripada tuduhan mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Disember lalu.

Keluarga harap Eda Ezrin dapat pulang sebelum raya
Keluarga juga akan mengadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan dan pembebasan Eda Ezrin apabila dia pulang nanti.

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Mac 2025.

PM Anwar beri sumbangan kepada keluarga nelayan di Pahang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan wang tunai kepada sebuah keluarga nelayan di Pahang, bagi meringankan beban mereka yang diuji dengan pendapatan terhad.

MCMC giat perluas pendidikan, kempen kesedaran keselamatan dalam talian
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan memperluas modul latihan keselamatan dalam talian ke seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara berkenaan.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri
Polis kemas kini kertas siasatan kes gaduh pertandingan seni bela diri

Pertemuan dengan Sheikh Dr Ekrima pahat usaha perjuangkan Masjid Al-Aqsa - PM Anwar
Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan beliau dengan Sheikh Dr Ekrima sebagai sangat bermakna dalam memahat usaha berterusan memperjuangkan kedudukan Masjid Al-Aqsa.

Pencarian terbaru Ocean Infinity untuk MH370: Keluarga ikuti melalui laman web khas
Keluarga penumpang MH370, yang hilang dalam perjalanan ke Beijing hampir 11 tahun lepas, kini mengikuti pencarian terbaru bagi kehilangan misteri tersebut melalui laman web khas.

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Nenek rugi RM4 juta dalam tempoh 3 bulan ditipu pelaburan tidak wujud
Akibat tertarik dengan tawaran keuntungan mencecah jutaan ringgit, seorang nenek berusia 73 tahun berputih mata apabila mengalami kerugian RM4 juta.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.