KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan ditemui mati bersama isterinya seorang warga Thailand di sebuah rumah sewa di Bangsar di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat lelaki berusia 46 tahun dan wanita berusia 38 tahun itu ditemui seorang ejen hartanah apabila panggilan telefonnya tidak dijawab oleh pasangan itu, sebelum mengambil keputusan pergi ke kediaman berkenaan.
"Ejen hartanah itu dilaporkan mengambil kunci rumah daripada pemilik sebelum pergi ke kediaman yang disewakan kepada mangsa itu.
"Mangsa menyewa rumah berkenaan sejak 6 April lalu," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
Anuar berkata, hasil pemeriksaan dalam rumah teres tiga tingkat itu, ejen berkenaan menemui pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur sebelum menghubungi polis.
"Siasatan di tempat kejadian mendapati pasangan berkenaan membakar arang di dalam bilik, menutup pintu dan tingkap dan terus tidur," katanya.
Beliau berkata, pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia antara jam 6 dan 7 pagi berkemungkinan akibat sesak nafas kerana menghidu asap.
"Turut ditemui di tempat kejadian adalah satu nota dipercayai ditulis mangsa untuk keluarga.
"Kita juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini selain terdapat saksi yang rapat dengan pasangan terbabit mendakwa mangsa tidak mempunyai musuh," katanya.
Anuar berkata, mayat pasangan berkenaan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Berita asal: Suami isteri ditemui mati dalam rumah
Sinar Harian
Fri Apr 09 2021
Seorang lelaki tempatan ditemui mati bersama isterinya seorang warga Thailand di sebuah rumah sewa di Bangsar. -Gambar hiasan
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Menyusup kawat duri di kawasan PKPD untuk jumpa nenek, wanita dijejaki polis
Wanita berkenaan disyaki menetap di Puchong dan dipercayai masuk ke kawasan tersebut untuk menziarahi neneknya sekitar pukul 6.15 petang.
PKPD: Dua lelaki lintas pagar kawat duri dikenal pasti - Polis
Kedua-dua dua lelaki yang dikenal pasti berusia 34 dan 46 tahun itu didapati mempunyai rekod jenayah.
Polis sahkan terima laporan wakil Istana Negara
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata laporan berkenaan diterima di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di sini pada Jumaat.
Kanak-kanak lelaki ditinggal sendirian di taman riadah
Kanak-kanak berambut panjang itu ditemui sekitar jam 8 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis bertugas yang membawanya pulang ke balai.
Menghadap Agong: Pengamal media tidak dibenar berada dekat pintu 2 Istana Negara
Polis diarahkan pihak Istana Negara untuk membuat kawalan di kawasan berkenaan susulan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Polis kesan kedai minuman keras salah guna surat kebenaran MITI
Hasil pemeriksaan polis ke atas premis terbabit mendapati ia hanya menjual minuman keras semata-mata.
Polis tahan suami isteri eksploitasi kanak-kanak dan remaja
Polis menahan sepasang suami isteri warga tempatan kerana disyaki mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja untuk melakukan kerja di sebuah rumah di Taman Bukit Seputeh di sini semalam.
Polis siasat individu hina Sultan Johor
Polis menjalankan siasatan selepas ibu selebriti itu membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini pada 5.44 petang semalam.
Salah faham penjagaan anak punca suami isteri bergaduh - Polis
Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, ibu negara.
Suami isteri ditemui mati dalam rumah teres di Bangsar
Hasil pemeriksaan dalam rumah teres tiga tingkat itu, ejen berkenaan menemui pasangan itu dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik tidur sebelum menghubungi polis.