SUNGAI PETANI: Sekelip mata lima beradik menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka maut selepas motosikal dinaiki cuba mengelak daripada melanggar seekor babi hutan melintas lalu terbabas dan merempuh tiang eletrik di jalan bersebelahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di sini, pada Khamis.
Mohd Norzianal Mohd Ainol, 46, menunggang motosikal jenis Duke KTM bersama isterinya, Suhana Othman, 43, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan tubuh.
Anak sulung pasangan itu, Fatin Hanani, 23, berkata, dia mengetahui kejadian menimpa ibu bapanya selepas dimaklumkan oleh anggota polis yang datang ke rumah sewa mereka di Taman Pahlawan di belakang IPD Kuala Muda, di sini, pada pukul 1 pagi.
Katanya, pada mulanya dia tidak percaya tetapi selepas anggota polis berkenaan menunjukkan kad pengenalan kedua orang tuanya dia terus memeluk empat adiknya sambil menangis.
"Polis membawa kami lima beradik ke lokasi kejadian dan sebaik sampai saya terkejut melihat tubuh bapa di bawah motosikal manakala ibu terbaring tidak sedarkan diri bersebelahannya.
"Saya dan adik-adik hampir rebah melihat keadaan mereka tambahan lagi selepas dimaklumkan yang ibu bapa kami telah meninggal dunia," katanya yang juga mahasiswa Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang dan sedang menghabiskan cuti semester.
Menurut Fatin Hanani, dia kemudian bersama empat adiknya, Aida Batrisya,17, Alya Batrisya, 16, Adlin Irfan, 15, dan Adib Iman, 6, seperti hilang arah kerana hilang tempat bergantung.
Sementara itu, anak kedua pasangan itu, Aida Batrisya berkata, semasa kejadian, bapanya yang bekerja sebagai Pengurus Jualan Cuckoo dalam perjalanan untuk membeli makanan dan ditemani ibunya yang merupakan suri rumah.
"Sebelum itu bapa mengadu lapar dan mengajak ibu menemaninya untuk ke kedai.
“Tak sangka kami akan menjadi yatim piatu sekelip mata," katanya yang masih belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar.
Kata Aida Batrisya, adik bongsunya, Adib Iman yang merupakan murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar mula menangis selepas mengetahui ibu dan bapa mereka telah meninggal semasa berada di Hospital Sultan Abdul Halim.
"Buat masa sekarang, saya dan kakak serta dibantu bapa dan ibu saudara baru sahaja menyelesaikan pengebumian orang tua kami dan belum memikirkan untuk tinggal di mana selepas ini.
"Kemungkinan besar kami akan tinggal di rumah yang dibeli ibu dan sekarang didiami nenek di Taman Kempas," katanya.
Mayat pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan satu liang di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Merbok, di sini, pada petang Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Fri Jan 12 2024
Lima beradik yang juga anak kepada Allahyarham Mohd Norzianal Mohd Ainol dan Allahyarham Suhana Othman (gambar kecil) tidak dapat menyembunyikan kesedihan mereka semasa majlis pengebumian ibu dan bapa mereka.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Pencemaran udara paksa 200 sekolah di Bangkok ditutup
Pencemaran udara yang teruk memaksa hampir 200 sekolah di Bangkok ditutup pada Khamis ketika mana pegawai menggesa orang ramai bekerja dari rumah dan mengehadkan kenderaan berat di bandar itu.
Sandwic ham and cheese: Bertindak secara rasional, bijaksana
Lee berkata, isu sensitif perlu dikendalikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan suasana tidak harmoni serta menjadi tidak terkawal.
1,907 kakitangan JPJ jaga kaunter lebih 5 tahun bakal ditukarkan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan arahan pertukaran petugas kaunter yang melebihi lima tahun membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata seramai 80 daripada 560 anak-anak bekas anggota Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd belum dituntut ibu bapa mereka.
Suami isteri antara tiga maut, kemalangan dua kenderaan
Proton Wira dipandu Muhammad Iqwan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan Nissan Navara.
Nahas dua kereta di WCE: Suami isteri antara tiga maut
Mereka yang maut merupakan seorang lelaki dan dua wanita manakala seorang wanita dan lima kanak-kanak cedera.
Suami isteri maut nahas dua kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 28 tahun, tersepit dalam kenderaan jenis Proton Wira.
Tragedi balik kampung: Suami isteri maut, kereta langgar tembok pembahagi jalan
Pasangan suami isteri maut selepas kereta dinaiki hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan di Kilometer (KM) 8 Lingkaran Tengah Utama dekat Lipis.
Suami isteri maut kemalangan, hasrat balik raya di Sabah tak kesampaian
Hasrat sepasang suami isteri untuk pulang beraya ke Sabah tidak kesampaian apabila mereka maut dalam kemalangan di Persiaran Forest Height 1, di sini pada Isnin.
Suami isteri maut, rumah terbakar
Pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai anak pasangan terbabit.
Suami isteri maut rempuh kenderaan rosak di lorong kecemasan
Dalam kejadian jam 11.05 pagi itu, mangsa berusia 36 dan 38 tahun maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Suami isteri maut kemalangan elak babi hutan, lima beradik hilang tempat bergantung
Mohd Norzianal Mohd Ainol dan isteri, Suhana Othman meninggal dunia selepas motosikal dinaiki mereka langgar tiang elektrik.
Suami isteri naiki motosikal maut nahas tiga kenderaan
Sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka terlibat nahas dengan dua kenderaan di kilometer 3.5 Jalan Pasir Besar-Palong pada Sabtu.
Suami isteri maut motosikal berkuasa tinggi rempuh trak tentera
Suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang trak tentera dan terbakar di Kilometer 87.0 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini pada Khamis.