JOHOR BAHRU: Pasangan suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, pasangan itu ditemui anak angkat lelaki mereka, yang datang melawat setelah panggilan telefon tidak berjawab.
Beliau berkata, pasangan itu masing-masing berusia 68 dan 61 tahun dipercayai meninggal dunia akibat penyakit lama yang dihidapi, dan hasil bedah siasat ke atas kedua-duanya mendapati wanita berkenaan positif COVID-19.
"Hasil siasatan mendapati kedua-dua mereka dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam dan kematian si suami berpunca daripada sejarah penyakit kronik yang dihidapi antaranya strok, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.
"Si isteri pula menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, dan turut disahkan positif COVID-19 setelah ujian saringan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata mayat pasangan itu telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru.
Menurutnya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian pasangan itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021

Pasangan itu ditemui anak angkat lelaki mereka, yang datang melawat setelah panggilan telefon tidak berjawab. - Gambar hiasan

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Pasangan warga emas mangsa kebakaran di Pagoh selamat dikebumikan
Jenazah pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh selamat dikebumikan.

Pasangan warga emas maut dalam kemalangan babit dua kereta
Sepasang suami isteri warga emas maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Lingkungan, Beaufort, tengah hari tadi.

Setahun mengurat, lelaki 86 tahun bergelar pengantin baharu
Seorang warga emas berusia 86 tahun dari Kampung Aman, Kandis di sini meluahkan rasa syukur apabila pinangannya diterima selepas setahun mengurat wanita idaman hati.

Suami isteri maut dikelar anak dipercayai pengamal ajaran sesat
Sepasang suami isteri maut dikelar di bahagian leher dengan senjata tajam dipercayai dilakukan oleh anak lelaki mereka dalam kejadian di Kampung Kemahang Hulu, Lipis, tengah malam Isnin.

Suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di ruang tamu
Pasangan suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, petang semalam.

Lebih 100 kucing ditemui mati reput dalam rumah pasangan warga emas
Lebih menjelekkan, pihak berkuasa turut menemui 63 bangkai haiwan itu yang disimpan beku dalam peti sejuk.