SHAH ALAM : Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa pegawai polis berpangkat inspektor yang didakwa merogol remaja digantung tugas serta-merta sehingga satu siasatan bebas dilaksanakan.
Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy berkata, dakwaan itu adalah sesuatu yang serius kerana polis sepatutnya menjadi pelindung kepada masyarakat.
"Suaram meminta agar satu siasatan terhadap inspektor polis itu dilaksanakan secara telus dan terbuka. Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus sentiasa kemas kini perkembangan siasatan serta mengumumkan tindakan susulan yang diambil.
"Perkara ini tidak boleh hanya tertakluk kepada tindakan tatatertib sahaja tetapi inspektor yang didakwa terlibat dalam kes rogol ini harus dituduh di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Media sebelum ini melaporkan seorang inspektor polis yang bertanggungjawab menyiasat dakwaan kes rogol membabitkan mangsa berusia 16 tahun telah ditahan atas dakwaan merogol mangsa itu semasa melakukan soal siasat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilapor mengesahkan laporan dan penahanan pegawai itu, tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan yang sedang berjalan.
Sevan dalam masa sama turut mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) PDRM ketika mengendalikan kes berkaitan rogol dan gangguan seksual.
"Memandangkan Akta Antigangguan Seksual telah diwartakan, PDRM harus meneliti semula dan memperhalusi SOP yang lebih sensitif kepada jantina, malah memberi latihan profesional kepada pegawai-pegawai penyiasat berkenaan.
"Suaram mengingatkan pihak umum bahawa ini bukan kali pertama pihak media membongkar kes rogol atau gangguan seksual yang dilakukan oleh pegawai polis.
"Kami khuatir kes sebegini tetap berulang kerana budaya bebas daripada sebarang hukuman," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, kes rogol ini adalah antara kes yang memerlukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang diperjuangkan oleh kumpulan masyarakat sivil.
"Namun dalam konteks Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang sedia ada, ia tidak mempunyai kuasa menyiasat dan penguatkuasaan yang setimpalnya.
"Sebarang keputusan siasatan oleh IPCC hanya dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) akan tetapi SPP tidak mempunyai kewajipan untuk melaksanakan cadangan tersebut ataupun melapor balik kepada IPCC," jelasnya.
Beliau juga menyeru agar kerajaan baharu mengadakan satu mesyuarat libat urus bersama masyarakat sivil untuk mengkaji semula akta IPCC yang sedia ada. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 03 2023
![Suaram gesa inspektor polis didakwa rogol remaja digantung tugas Suaram gesa inspektor polis didakwa rogol remaja digantung tugas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71672754023_raped.jpg)
Suaram berkata, dakwaan rogol itu adalah sesuatu yang serius kerana polis sepatutnya menjadi pelindung kepada masyarakat. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682685039_TBANWARIBRAHIM.jpg)
Kerajaan harus berhati-hati, elak khilaf politik ketika laksana agenda pembaharuan - PM
Kerajaan harus berhati-hati bagi mengelak daripada melakukan 'kesilapan politik' dalam melaksanakan agenda pembaharuan berkaitan isu hak asasi manusia.
![Wujudkan IPCMC segera untuk tangani salah guna kuasa polis - SUARAM Wujudkan IPCMC segera untuk tangani salah guna kuasa polis - SUARAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619730562_TBGARI.jpg)
Wujudkan IPCMC segera untuk tangani salah guna kuasa polis - SUARAM
SUARAM dakwa wujud salah guna kuasa dalam kalangan pegawai PDRM terhadap tahanan sehingga ada yang menyebabkan kematian.
![LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/71570710206_polis.jpg)
LTTE: Dakwaan tahanan diberi layanan buruk tidak benar - Muhyiddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakan itu telah dibuat pihaknya bersama Ketua Polis Negara dan pegawai yang terlibat berkenaan dakwaan itu.
![Dakwaan bukti dimusnahkan: PDRM siasat laporan berkaitan tahanan mati dalam lokap Dakwaan bukti dimusnahkan: PDRM siasat laporan berkaitan tahanan mati dalam lokap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561806257_MazlanLazim.jpg)
Dakwaan bukti dimusnahkan: PDRM siasat laporan berkaitan tahanan mati dalam lokap
Polis KL menerima laporan daripada Mohammad Alshatri Abdullah pada Rabu lepas mengenai keterangan pegawai penyiasat dalam prosiding inkues melibatkan Benedict Thanilas, 43 tahun.
![SUARAM, SUHAKAM gesa 142 kanak-kanak ditahan di bawah POCA dibebaskan SUARAM, SUHAKAM gesa 142 kanak-kanak ditahan di bawah POCA dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/61548823066_Suaram.jpg)
SUARAM, SUHAKAM gesa 142 kanak-kanak ditahan di bawah POCA dibebaskan
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menggesa kerajaan membebaskan 142 kanak-kanak yang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
![EU patut berdialog dengan Malaysia, bukan bertindak tergesa-gesa - Wisma Putra EU patut berdialog dengan Malaysia, bukan bertindak tergesa-gesa - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51440982044_WismaPutra.jpg)
EU patut berdialog dengan Malaysia, bukan bertindak tergesa-gesa - Wisma Putra
Kesatuan Eropah (EU) sepatutnya mengendalikan isu berkaitan keadaan hak asasi manusia Malaysia melalui dialog, dan bukannya bertindak tergesa-gesa dengan mengeluarkan resolusi.
![NGO Malaysia gesa demokrasi dikembalikan kepada Thailand NGO Malaysia gesa demokrasi dikembalikan kepada Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-06/61401697292_295x200.jpg)
NGO Malaysia gesa demokrasi dikembalikan kepada Thailand
Pertubuhan masyarakat sivil, kesatuan sekerja dan pergerakan demokrasi Malaysia menggesa demokrasi dikembalikan kepada Thailand.