KUALA LUMPUR: Ramai yang menerima pendekatan kerajaan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar mulai bulan depan sebagai suatu langkah positif, khususnya dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhemah menggunakan elektrik dalam kehidupan seharian.
Penjawat awam Mohd Zuriyadi Sarpin, 34, berkata, pemberian subsidi elektrik secara bersasar itu menunjukkan bahawa kerajaan sedang sedaya upaya membantu untuk mengurangkan beban rakyat dengan tidak menaikkan kadar bil elektrik bulanan bagi sebilangan besar pengguna.
"Pengumuman ini sudah tentu memberi kelegaan kepada semua lapisan masyarakat kerana seperti yang kita sedia maklum, bil elektrik ini menelan belanja bulanan yang tinggi. Sewajarnya tiada kenaikan tarif elektrik kerana keuntungan dari kutipan bil bulanan sudah mencukupi.
"(Namun), kenaikan kepada kumpulan sasaran yang mempunyai bil elektrik melebihi kadar tertentu adalah wajar. Kerajaan juga mungkin boleh menawarkan atau memperkenalkan perkhidmatan pemasangan solar panel dengan kadar yang murah kepada pengguna yang menghadapi beban elektrik yang tinggi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dengan penggunaan elektrik bulanan 1,500 kilowatt-jam (kWj) dan ke bawah, tidak akan mengalami kenaikan tarif elektrik berikutan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2023, merangkumi 99 peratus daripada pengguna domestik.
Bagi pengguna domestik dengan penggunaan elektrik tinggi melebihi 1,500 kWj atau bersamaan bil elektrik minimum RM708 sebulan, mereka akan dikenakan surcaj pada kadar 10 sen/kWj, melibatkan 83,000 pengguna atau satu peratus pengguna domestik.
Seorang pesara Datuk Nur Iskandar A Samad berkata, keputusan kerajaan mengenakan surcaj bagi pengguna berkenaan sesungguhnya memberi kesedaran kepada orang ramai supaya lebih berjimat dalam penggunaan elektrik.
Pesara berumur 65 tahun itu berkata, oleh kerana bil elektrik beliau secara purata berjumlah RM800 sebulan, beliau kini perlu membuat pelarasan sekiranya tidak mahu menjadi salah seorang daripada kelompok satu peratus pengguna domestik, yang akan mengalami kenaikan bil elektrik sekitar 25 peratus, atau RM175 setiap bulan.
"Rumah saya ada 19 pendingin hawa, dan walaupun saya telah pasang panel solar tahun lepas bagi mengurangkan penggunaan elektrik, yang membolehkan saya mengurangkan bil elektrik bulanan daripada purata RM1,500 kepada sekitar RM800, dengan (surcaj) ini, saya mungkin perlu membayar tambahan kira-kira RM100 untuk bil elektrik," katanya dan menambah selain membuat pelarasan dalam pelbagai aspek, beliau akan meminta anggota keluarganya untuk mengurangkan atau mengehadkan penggunaan pendingin ahawa.
Sementara itu, penstrim permainan dalam talian yang hanya mahu dikenali sebagai Sara, 29, berkata, beliau lega kerana tidak terkesan dengan kenaikan tarif elektrik memandangkan bidang itu memerlukannya untuk berada di rumah dalam jangka masa panjang dan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
Katanya, pendekatan subsidi elektrik bersasar itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat dengan meringankan beban mereka, termasuk beliau sendiri yang perlu menanggung bil elektrik bulanan antara RM200 hingga RM250 secara purata.
Beliau bagaimanapun tetap menyuarakan kebimbangan mengenai impak kenaikan tarif elektrik terhadap cara pendapatannya yang dijana sepenuhnya secara dalam talian atau penstriman.
"Tahap kebergantungan kehidupan rata-rata rakyat dengan elektrik adalah sangat tinggi dan saya sejujurnya berharap kepimpinan sentiasa tidak lupa untuk mengambil berat tentang keperluan rakyat dari pelbagai sektor," katanya.
Senada dengan beliau adalah ahli perniagaan Tan Wen Meng, 54, yang memuji usaha kerajaan untuk meneruskan pemberian subsidi elektrik secara bersasar kepada kebanyakan orang ramai, yang rata-rata terkesan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.
Katanya bil elektrik bulanan beliau secara purata berjumlah hampir RM500 kerana pekerjaannya yang perlu sentiasa menggunakan peralatan elektronik untuk berhubung dengan pelanggan, selain penggunaan elektrik untuk aktiviti isi rumah.
"Ia langkah baik kerajaan, yang mengambil berat mengenai kebajikan dari segi pendapatan rakyat, masih memberikan subsidi kepada orang ramai bagi utiliti yang sememangnya amat diperlukan oleh ramai," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 24 2023

Ramai yang menerima pendekatan kerajaan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar mulai bulan depan sebagai suatu langkah positif, khususnya dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai supaya berhemah. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Subsidi elektrik RM3.54 bilion untuk Sabah sebelum serah kuasa kawal selia - Amir Hamzah
Kerajaan Persekutuan komited untuk subsidi elektrik RM3.54 bilion selama 7 tahun sehingga tahun 2030, sebelum serah kuasa kawal selia kepada Sabah.

Tarif air akaun domestik Semenanjung, Labuan dijangka naik tahun depan - Nik Nazmi
Tarif air bagi akaun domestik di Semenanjung dan Labuan dijangka akan meningkat tahun hadapan, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad.

Kerajaan masih tanggung RM10.8 bilion subsidi elektrik
Kerajaan masih menanggung jumlah subsidi elektrik sebanyak RM10.8 bilion berbanding jumlah asal RM14.9 bilion.

Subsidi elektrik bersasar untuk didik, sedarkan rakyat supaya berjimat
Ramai yang menerima pendekatan kerajaan melaksanakan subsidi elektrik secara bersasar mulai bulan depan sebagai suatu langkah positif.

Tiada subsidi bagi pengguna domestik guna elektrik berlebihan - PM Anwar
Hanya pengguna domestik yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan caj tarif elektrik semasa dan tidak diberikan subsidi.

Peralihan ke subsidi bersasar lebih efisen dan lestari - Nik Nazmi
Kerajaan telah memulakan peralihan ke subsidi bersasar dengan mengurangkan subsidi bagi pengguna elektrik voltan sederhana dan tinggi bukan domestik kerana subsidi secara pukal adalah tidak efisien.

Pelaksanaan Dasar Tenaga Negara dijangka tingkatkan purata KDNK RM13 bilion setahun - PM
Pelaksanaan DTN juga dijangka mewujudkan lebih 207,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor yang berkaitan.

Golongan B40 terima manfaat besar Belanjawan 2019
Beberapa inisiatif yang diperkenalkan seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dan peningkatan subsidi elektrik isi rumah untuk penggunaan RM20 ke bawah kepada RM40 sememangnya tepat.