KUALA LUMPUR: Subsidi telur yang berakhir 30 Jun ini seperti diumumkan kerajaan dikhuatiri menyebabkan kenaikan harga telur sekali gus membebankan rakyat serta peniaga di negara ini.
Perkara itu diluahkan pemborong telur, Lim Gin Fwu, 50, ketika ditemui Astro AWANI pada Jumaat.
Ujarnya, ketika ini harga telur yang diterima dari ladang masih rendah, namun sekiranya pengapungan harga bermula 1 Julai depan, beliau khuatir harga menjadi tidak terkawal.
"Kita tengok keadaan, kalau ladang datang berapa (harga), kita tambah sajalah, tak boleh buat apa-apa. Sekarang harga normal, tapi lepas bulan Jun kita tak tahu.
"Kita (pemborong telur) jual bila kita boleh untung dengan boleh bayar gaji pekerja dan sewa kedai sahajalah," katanya.
Ujarnya, kenaikan harga telur sebelum ini juga menyebabkan rata-rata pelanggan mula merungut, namun sekiranya berlaku kenaikan tidak terkawal, dikhuatiri kuasa pembeli akan terus berkurangan.
"(Kenaikan harga) itu tak boleh buat apa, terpulang pelanggan kalau mahu beli. Tapi sekarang telur pun sudah kurang, saya ingat lepas subsidi tiada, telur akan makin kurang.
"Terpulang pada orang ramai, kalau nak beli, itu keputusan mereka. Kita sebagai pemborong tak boleh buat apa. Mahal pun orang marah juga," katanya lagi.
Sementara itu, peniaga burger di Kelana Jaya, Nurain Abdul Rahman, 33, pula risau sekiranya pengapungan harga memberi kesan kepada peniaga sepertinya.
"Risau juga sebab kita berniaga burger kita gunakan telur gred A. Sekarang pun kalau kita beli harga RM13.50. Kalau turun (harga) alhamdulillah meringankan kos kita.
"Kalau naik (harga) itu sikit tak mengapa. Tapi kalau melampau naik akan beri kesan kepada kita. Sebab kalau kita naik harga, 'customer' akan merungut. Takut kuasa membeli akan berkurangan," katanya.
Tambah Nurain, tindakan kerajaan sepatutnya memberi kesan positif kepada rakyat dan peniaga, dan bukannya membebankan peniaga.
"Nak kata setuju (penamatan subsidi telur) kalau meringankan beban kita bersama peniaga dan pengguna saya setuju, tapi kalau kata tamat subsidi membebankan lagi rakyat dan peniaga seperti kami, agak sakit jugalah," katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan bermula 1 Julai ini.
Jelasnya, penamatan tersebut membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun berbanding harga siling runcit ketika ini.
Ujarnya, bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan, kementeriannya akan melaksanakan mekanisme pemulihan bertahap.
Ia termasuk memansuhkan sekatan eksport ayam pedaging hidup, ayam bulat, membenarkan pengimportan ayam dan telur daripada pelbagai negara sumber yang diiktiraf termasuk Thailand, China, Brazil, Denmark dan Ukraine.
Fareez Azman
Fri Jun 09 2023
Subsidi telur yang berakhir 30 Jun ini dikhuatiri menyebabkan kenaikan harga telur sekali gus membebankan rakyat serta peniaga di negara ini. -Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Februari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.
Kepengerusian ASEAN platform Malaysia terajui pembangunan keselamatan siber - Ahli akademik
Diplomasi keselamatan siber boleh merapatkan jurang literasi digital dari segi keselamatan siber dalam kalangan negara ASEAN.
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.
AWANI Ringkas: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Subsidi telur: Pemborong, peniaga risau kenaikan harga tidak munasabah mulai Julai
Sekiranya berlaku kenaikan tidak terkawal, dikhuatiri kuasa pembeli akan makin berkurangan.