PAPAR: Pemberian bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan bagi perjalanan tiga hari sebelum perayaan membuktikan komitmen tinggi kerajaan bagi meringankan isu kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata ia bantuan tiket penerbangan kedua yang dilaksanakan selepas Flysiswa, dan inisiatif itu adalah sebahagian daripada agenda kerajaan bagi menangani isu kos sara hidup dalam sektor pengangkutan.
Beliau berkata agenda menangani isu kos sara hidup rakyat diselaras melalui Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) diurussetiakan Sekretariat NACCOL di kementeriannya dengan strategi serta pendekatan yang merentasi pelbagai kementerian dan agensi.
"Agenda menangani kos sara hidup digerakkan di bawah beberapa kluster seperti perumahan, pendapatan dan pengangkutan. Setiap kluster ini dianggotai pelbagai kementerian dan agensi.
"Pemberian subsidi tiket penerbangan ini adalah inisiatif terbaru kluster pengangkutan dilaksanakan oleh dan melalui peruntukan Kementerian Pengangkutan," katanya pada sidang media selepas merasmikan satu majlis perjumpaan di Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph di sini malam ini.
Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata inisiatif itu akan dimulakan semasa sambutan Krismas tahun ini dengan pembelian bermula pada 12.01 tengah malam ini untuk perjalanan tiga hari sebelum perayaan iaitu 22, 23 dan 24 Dis.
Loke berkata dasar sama akan diteruskan tahun depan bagi perayaan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas dengan pembelian tiket dibuka pada 12.01 tengah malam 1 Jan 2024.
Armizan juga berkata bantuan tiket penerbangan semasa sambutan Krismas adalah projek perintis untuk inisiatif seumpamanya pada perayaan lain bagi melihat keberkesanan, prosedur pelaksanaan, kos dan pelbagai faktor yang terlibat dalam usaha meneruskan inisiatif itu selepas ini.
"Selepas ini kita lihat balik semua faktor itu bagi membolehkan inisiatif ini berjalan lancar dan memberi banyak faedah kepada rakyat kita.
"Saya harap rakyat jangan lepaskan peluang ambil bantuan yang diberikan kerajaan ini untuk pulang ke Sabah, Sarawak dan Labuan pada perayaan nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 16 2023

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (empat, kanan) ketika melakukan simbolik perasmian sambutan Platinum Jubilee Sekolah Menengah Kebangsaan St Joseph Papar hari ini. - Foto BERNAMA

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.

Subsidi tiket penerbangan komitmen kerajaan ringankan kos sara hidup rakyat - Armizan
Armizan berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada agenda kerajaan bagi menangani isu kos sara hidup dalam sektor pengangkutan.

Permohonan subsidi tiket penerbangan pelajar IPTA perlu lancar, tanpa birokrasi
Permohonan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar universiti awam yang akan diumumkan dalam masa terdekat, perlu lancar tanpa melalui proses birokrasi yang ketat.

Subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar IPTA ke Sabah, Sarawak, Labuan - Loke
Kerajaan bersetuju memberikan subsidi RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam untuk laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan mulai 15 Ogos.