KUALA LUMPUR: Subsidi ubat-ubatan kepada pesakit yang menerima rawatan di semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) masih dikekalkan supaya rakyat tidak terbeban dengan sebarang peningkatan kos ubat.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata bagi mengurangkan beban pesakit yang mendapatkan rawatan di fasiliti swasta pula, KKM menyediakan harga panduan pengguna untuk membantu rakyat mendapatkan maklumat harga ubat-ubatan menerusi www.pharmacy.gov.my bagi membuat perbandingan harga.
"KKM telah meneliti inisiatif ketelusan harga ubat iaitu fasiliti kesihatan swasta yang dikenal pasti perlu memaparkan harga ubat seperti diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pada 3 Okt 2023.
"Langkah ini dapat meningkatkan akses rakyat kepada bekalan ubat yang lebih kompetitif harganya serta membolehkan rakyat mengetahui harga ubat yang perlu dibayar seterusnya membuat pilihan mengikut kemampuan masing-masing," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) mengenai tindak balas KKM berhubung ramalan peningkatan harga ubat-ubatan serta produk farmaseutikal kira-kira lima hingga 10 peratus yang akan memberi tekanan kewangan kepada pesakit dan waris khususnya penghidap penyakit kronik.
Lukanisman memaklumkan harga ubat di pasaran dipengaruhi oleh pelbagai sektor ekonomi seperti kadar pertukaran mata wang asing, kos penyelidikan dan pembangunan serta masalah pengilangan yang di luar kawalan KKM.
Namun, katanya bagi membantu kerajaan mengurangkan kos perolehan ubat, KKM telah melaksanakan beberapa langkah antaranya kaedah perolehan ubat dengan kontrak tiga tahun yang dilihat memberi faedah dan manfaat besar kepada kerajaan.
"Langkah ini mampu menjimatkan kos kerajaan untuk mendapat harga tawaran yang lebih stabil selain dapat memastikan tidak berlaku kenaikan harga dalam tempoh tiga tahun.
"Selain itu, KKM akan mengelakkan kos berulang bagi tujuan perolehan seperti kos pengiklanan tender, pemantauan kontrak lebih efektif dan mengelakkan terputusnya bekalan perkhidmatan sekiranya berlaku proses tender baharu," katanya.
Berkenaan perancangan KKM untuk menstabilkan atau mengurangkan harga ubat bagi rawatan seperti depresi, leukemia dan kanser, Lukanisman berkata ubat-ubatan ini masih lagi diedarkan secara percuma kepada pesakit KKM walaupun harga ubat dikawal pembekal atau produser ubat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024

Lukanisman memaklumkan harga ubat di pasaran dipengaruhi oleh pelbagai sektor ekonomi seperti kadar pertukaran mata wang asing, kos penyelidikan dan pembangunan serta masalah pengilangan yang di luar kawalan KKM. -Gambar fail/Bernama

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.

Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

KKM tambah baik sistem penempatan petugas melalui kaedah penggiliran
Ia bagi memastikan pegawainya tidak tertekan sehingga boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.

KKM wujudkan 'pintu tunggal' selaras pelaksanaan teknologi kesihatan
Mekanisme itu akan memastikan penyelesaian penjagaan kesihatan yang bukan sahaja inovatif tetapi juga selamat, berkesan dan mudah diakses.

KKM kaji sistem DRG kebangsaan tangani kenaikan kos perubatan - Lukanisman
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji pembangunan sistem kumpulan berkaitan diagnosis (DRG) kebangsaan dalam perawatan hospital seluruh negara sebagai usaha menangani kenaikan kos perubatan.

Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 23 Ahli Parlimen.

KKM tingkat bilangan jururawat pelatih penuhi keperluan industri
Ia melibatkan permohonan daripada anak-anak Sabah, selain menambah kuota jururawat lelaki dan menggalakkan penyertaan pelbagai kaum.

Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.

Akta 852 langkah proaktif lindungi kesihatan awam, alam sekitar - Lukanisman
Melalui undang-undang dan pendidikan awam, kerajaan berharap dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan meningkatkan kesihatan rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan gesa pembaharuan dasar dadah dalam mesyuarat ISAM
Lukanisman berkata, menyahkriminalisasi penggunaan dadah membantu meminimumkan akibat berbahaya yang berkaitan dengan penggunaannya.