KOTA BHARU:Sekalipun sudah enam tahun Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijemput oleh Sang Pencipta untuk menetap di negeri abadi, namun, keperibadian menawan Allahyarham sehingga ke saat ini masih melekat di sanubari rakyat Kelantan.
Allahyarham bukan hanya seorang tokoh politik yang telah mentadbir sebuah negeri yang sinonim dengan jolokan Serambi Mekah, sebaliknya, jauh lebih utama, Nik Aziz di mata rakyat negeri itu adalah seorang bapa yang tidak pernah jemu mengajar anak-anaknya makna kemanusiaan.
Bahkan, ketekunan Nik Aziz sepanjang hayatnya mendalami Islam juga membuatkan rasa hormat segenap lapisan masyarakat pada Allahyarham tidak pernah pudar sekalipu selepas pemergian beliau.
Realitinya, Allahyarham Nik Aziz adalah seorang pemimpin yang sentiasa memberikan teladan dan contoh yang baik kepada rakyat.
Dalam kehidupan seharian, Allahyarham adalah seorang yang amat mementingkan ketepatan waktu.
Perkara ini dikongsi Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud yang menyatakan kekagumannya dengan Allahyarham Nik Aziz begitu menepati masa serta tidak pernah lewat seminit jika berjanji.
“Di antara keistimewaan Tok Guru ialah masa dia cukup tepat. Sejarah saya bersama Allahyarham ialah sejak tahun 1995 hingga 2015 saya jadi wakil rakyat sehinggalah Allahyarham meninggal dunia, tak pernah Tok Guru lewat walau seminit.
“Kalau mesyuarat bermula pukul 9 pagi, pukul 9 beliau sudah ada, sekalipun jadual padat, beliau tak pernah lewat,” katanya berkongsi pengalaman mendampingi Allahyarham Nik Aziz atau Tok Guru sempena mengingati enam tahun pemergian tokoh tersohor negara itu.
BACA: Enam tahun berlalu... Nik Omar kenang pemergian ayahanda, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz
Selain seorang yang sentiasa menghormati masa, Nasuruddin juga amat berbangga dengan legasi kepimpinan membangun bersama Islam yang diperkenalkan oleh Nik Aziz semasa menjadi Menteri Besar masih lagi menjadi pegangan kerajaan negeri Kelantan.
Menurut Nasuruddin, antara perubahan besar sewaktu Nik Aziz mula-mula menjadi Menteri Besar Kelantan ialah, Allahyarham telah mengeluarkan kesemua wang kerajaan negeri, wang gaji beluau dan sebagainya dari bank konvesional dan menyimpannya di bank yang berlandasakan perkhidmatan patuh syariah.
Tindakan Nik Aziz mengeluarkan kesemua simpanan tersebut, kata Nasuruddin, menyebabkan pengurus bank konvensional bertanya hal itu kepada Allahyarham.
Akur dengan keputusan Allahyarham menyebabkan bank-bank konvensional mula memperkenalkan sistem perbankan patuh syariah.
Selama mentadbir Kelantan juga, Allahyarham Nik Aziz, kata Nasuruddin, meninggalkan banyak contoh baik.
Antaranya, jelas beliau, sesi kuliah Jumaat pada setiap minggu di Medan Ilmu yang dirintis Allahyarham Nik Aziz sebelum beliau menjadi Menteri Besar masih kekal diadakan sehingga ke saat ini.
BACA: Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia
BACA: Nik Aziz selamat disemadikan
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Malik Abd Karim pula berpendapat, Allahyarham Nik Aziz merupakan seorang murrabi ummah sepanjang masa.
Kata Abdul Malik, anak-anak muda yang pernah dewasa di zaman pemerintahan Tok Guru cukup menghormati Allahyarham bukan sahaja kerana ketokohannya, sebaliknya, menganggap beliau sebagai bapa kekuatan agama Islam.
“Tok Guru bila kita tengok dari jauh, beliau kelihatan bekeng (garang), tetapi bila kita rapat, kita tahu jiwa beliau sebagai seorang bapa dan kita dapat merasakan beliau bukan sahaja ketua kerajaan, sebaliknya, bapa kepada anak-anak.
“Selain itu, amalan kerohanian Allahyarham juga beri aspirasi kepada kami orang-orang muda,” ujar Abdul Malik lagi.
Katanya, Allahyarham Nik Aziz diminati dan dihormati oleh golongan muda kerana sifat kesederhanaan dan ketegasan beliau.
Pada tarikh hari ini enam tahun lalu, Allahyarham Nik Aziz menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 84 tahun di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Baharu sekitar pukul 9.40 malam kira-kira sejam selepas pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Allahyarham yang lahir pada 1931 di Kampung Pulau Melaka dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.
Lebih mesra dipanggil sebagai ‘Tok Guru’, Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.
Kehidupan Allahyarham sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun.
Selama menjadi Menteri Besar Kelantan, sokongan rakyat tidak berbelah bahagi sehingga Pas mampu mengekalkan pentadbiran sehingga sekarang.
Pemergian tokoh ulamak dan pemimpin politik yang disegani kawan dan lawan itu sentiasa diingati oleh sebahagian besar rakyat Kelantan.
Kepada rakyat Kelantan, sosok keperibadian Allahyarham tiada galang gantinya.
Selamat berehat di negeri abadi Tok Guru.
Al-Fatihah buat Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Muhafandi Muhamad
Fri Feb 12 2021

Hari ini genap enam tahun pemergian Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ke rahmahtullah. Pemergiannya meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada penyokong-penyokong serta rakyat Kelantan yang begitu mengagumi Allahyarham.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.

Kit Siang 'setaraf' dengan Nik Aziz, seloroh Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri itu berkata sumbangan Kit Siang kepada negara tiada bandingan dengan mana-mana individu di negara ini.

Jumpa Anwar sekadar sambung persahabatan arwah bapa - Nik Abduh
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan yang pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak mempunyai sebarang kaitan terhadap pendirian politiknya.

Sudah enam tahun Nik Aziz pergi, kerinduan pada Allahyarham tidak pernah pudar
Tok Guru seorang yang sangat menghormati masa, tidak pernah lewat walau seminit sekiranya beliau berjanji.

Enam tahun berlalu... Nik Omar kenang pemergian ayahanda, Allahyarham Tok Guru Nik Aziz
Anak kedua Allahyarham, Nik Omar hari ini memuat naik nukilan di laman Facebooknya mengenai pemergian ayahandanya yang tercinta itu.

Piagam Muafakat Nasional ibarat Rukun Negara - Khalid Samad
Piagam Muafakat Nasional yang dijalin antara Pas dan UMNO ibarat Rukun Negara, tegas Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Khalid Samad.

IPCMC bukan untuk kenakan mana-mana pihak - Guan Eng
Cadangan penubuhan suruhanjaya berkenaan adalah semata-mata untuk memastikan tidak berlaku sebarang salah guna kuasa oleh PDRM.

'Kenyataan Satim mengguris hati kami'
Disebabkan kenyataan yang disifatkan sebagai biadap itu, Adibah bersama tiga lagi keluarga bekas ADUN di Selangor menggesa Satim memohon maaf.

PRK Semenyih: Jangan salahkan Pas kalau Bersatu kalah - Abdul Hadi
Menurut Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ini kerana parti komponen Pakatan Harapan dilihat tidak berkempen dengan bersungguh-sungguh.

Proses penamaan calon PRK Semenyih berlangsung pagi ini
Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dijadual bermula pada pukul 9 pagi ini.

DAP boleh percaya Fadzil Noor dan Nik Aziz, tetapi bukan Hadi Awang - Kit Siang
DAP boleh percaya janji Fadzil Noor dan Nik Aziz tetapi bukan Hadi Awang - Lim Kit Siang