KUALA LUMPUR: Seorang guru agama, Musthafa Kamal Abdullah, 49, dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lalu ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.
Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Ustaz Musthafa Kamal tinggal di Sri Gading, Batu Pahat itu merupakan guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Raja, Johor.
Anaknya, Muhammad Nabil Musthafa Kamal, 26, berkata, dia berharap pihak Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dapat bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk mengesan bapanya yang hilang.
"Kami yakin pemeriksaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dilihat sebagai jalan terakhir bagi mengesan jejak ayah.
"Saya dah beritahu dengan pihak agensi umrah yang menguruskan agar dapat mengusahakan pemeriksaan melalui CCTV menerusi bantuan mutawif di sana," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Katanya, bapanya pergi ke Tanah Suci bersama adiknya, Muaz, 17, pada 6 Disember lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 18 Disember.
"Ayah dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas adiknya menyedari bapa mereka tiada di bilik hotel di Mekah.
"Mereka baru pulang dari Madinah dan tiba di hotel kira-kira jam 7 malam serta sempat makan sebelum jam 10 malam dijadualkan membuat tawaf untuk umrah wajib.
"Mereka juga sudah memakai ihram dan ayah minta adik pergi dulu dengan mutawif kerana dia mahu berehat dan cakap dia akan tawaf nanti sebab kurang sihat," katanya.
Bagaimanapun, katanya, ketika pulang ke bilik hotel, adiknya mendapati bapa mereka tiada di bilik, malah beg silangnya juga tiada pada 12.30 tengah malam.
Katanya, pada mulanya adiknya tidak terlalu risau bapanya keluar seorang diri kerana beliau boleh berbahasa Arab tetapi selepas bapa masih belum pulang hingga Subuh dan gambarnya juga tersebar di WhatsApp, mereka mengesyaki bapa dihantar ke hospital.
"Kami percaya mungkin ayah keluar seorang diri mahu pergi tawaf. Pada 13 Disember ada individu berkongsi gambar ayah memakai ihram tanpa beg dalam ambulans di kumpulan WhatsApp.
"Mutawif kemudiannya ke hospital mencari ayah tetapi ayah tiada dan diberitahu sudah keluar dari hospital serta dihantar pulang ke hotel," katanya.
Nabil yang bertugas di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berkata, pemeriksaan di hotel mendapati bapanya masih tiada di premis berkenaan.
Katanya, pada hari ketiga kehilangan bapanya ada orang awam menghantar beg silang bapanya itu di kaunter hotel.
"Kami binggung memikirkan di mana ayah berada dan sehingga kini ayah masih belum ditemui sudah hampir sebulan dan adik pulang seorang diri bersama jemaah lain tanpa ayah.
"Mak juga sedih, tidur malam kami tidak lena memikirkan ayah dan setiap hari memikirkannya. Di sana ada individu yang membantu mengesan ayah dan selalu berhubung dengannya," katanya.
Jelas Nabil, satu laporan polis telah dibuat di Kedutaan Malaysia di Arab Saudi dan berharap sesiapa yang menemui bapanya segera menghubungi pihak berkuasa atau memaklumkan kepadanya di talian 017-7362532. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 09 2023

Musthafa (kanan) pergi ke Tanah Suci bersama anaknya, Muaz, pada 6 Disember lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 18 Disember. - Foto Sinar Harian

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

GISB: Guru agama dipenjara 10 tahun rotan kanak-kanak lelaki, tekan dada guna lutut
Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Barur Rahim Hisam, 23, selepas tertuduh mengaku bersalah atas keempat-empat pertuduhan.

Amang seksual: Hukuman penjara 15 tahun, 14 sebatan terhadap bekas guru agama kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 15 tahun dan 14 sebatan yang dikenakan ke atas bekas guru agama yang disabitkan dengan tujuh kesalahan melakukan serangan seksual fizikal.

Guru agama ditahan buat hantaran ugut Perdana Menteri
Seorang guru agama di sebuah sekolah di Kulim ditahan polis, kerana dipercayai membuat hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kumpulan WhatsApp.

Guru madrasah didakwa cederakan murid
Seorang guru agama madrasah di hadapkan ke Mahkamah Sesyen Baling hari ini atas pertuduhan mencederakan murid dua minggu lalu.

'Sudah hampir sebulan ayah hilang di Tanah Suci'
Seorang guru agama, Musthafa Kamal Abdullah, 49, dilaporkan hilang sejak hampir sebulan lalu ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci.

Empat tahun jadi mangsa liwat guru, pelajar 14 tahun nekad lapor polis
Guru berkenaan yang juga warden asrama sebuah sekolah agama di Tanah Merah telah ditahan untuk bantu siasatan.

Guru agama perlu fahami pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah - Raja Muda Perlis
Guru agama yang mengajar di Perlis perlu dapat tauliah Jabatan Mufti Perlis bagi mengelak dikenakan tindakan.

Guru agama diperintah bela diri atas tuduhan lakukan amang seksual kepada pelajar
Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan seorang guru agama di sebuah maahad tahfiz untuk membela diri atas satu pertuduhan melakukan amang seksual ke atas seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun.

Guru agama baru selesai mengajar rentung kereta terbakar
Dalam kejadian jam 4.40 petang itu Yahya Asy'ari, 65, yang baru selesai mengajar di Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lubuk Reba.

Ustaz dipenjara 20 tahun, 8 sebatan laku amang seksual terhadap 2 kanak-kanak
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membuat keputusan itu selepas Muhammad Ikram Yusuf, 25, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan terhadapnya.