KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat mengenai isu pengedar dadah asing memasuki Malaysia dengan menyamar sebagai pelajar dan batasan dalam kaedah saringan dadah yang sedia ada, maka terdapat keperluan mendesak untuk saringan lebih berkesan di pintu masuk.
Seorang doktor yang enggan namanya disiarkan berkata sudah tiba masanya untuk melaksanakan teknik saringan lanjutan yang dibangunkan untuk mengenal pasti pengedar dadah yang cuba menyamar sebagai pelajar.
Beliau berkata kaedah ujian air kencing yang digunakan sekarang mempunyai banyak kelemahan. Contohnya, pelajar asing berkenaan boleh mengelak daripada dikesan dengan tidak mengambil dadah selama lima hari sebelum janji temu ujian air kencing. Sampel air kencing mereka kemudian menghasilkan keputusan negatif.
'Pelajar' berkenaan juga boleh menipu sistem dengan membawa bersama air kencing bukan pengguna dadah dan menukar sampel di tandas klinik.
"Oleh itu, teknik saringan lanjutan yang telah digunakan di banyak negara maju wajar digunakan. Kaedah lanjutan ini akan menjadi alternatif yang lebih sesuai untuk ujian dadah air kencing, yang lebih sesuai untuk pemeriksaan rawak, seperti yang dijalankan di kelab malam atau pemandu di jalan raya," katanya kepada Bernama.
Kini terdapat kaedah baharu yang menggunakan rambut dan kuku, kerana kesan dadah dalam sampel sedemikian boleh kekal sehingga 90 hari.
Doktor itu bimbang sindiket dadah telah mengeksploitasi langkah Malaysia yang mengalu-alukan kedatangan pelajar asing.
Beliau berkata sindiket itu memasuki negara secara sah menggunakan visa pelajar dan mereka mendapat keuntungan dengan menjual dadah kepada pelajar tempatan dan meluaskan pasaran di luar kampus.
Mereka telah membawa masuk ubat baharu ke Malaysia, seperti fentanyl - opioid sintetik yang 50 kali lebih kuat berbanding heroin.
"Dengan xylazine, ubat veterinar, potensi fentanyl meningkat, menyebabkan keadaan euforia berpanjangan (rasa keseronokan dan kegembiraan) kepada yang mengambilnya.
"Pemalsuan berbahaya ini, ditambah dengan xylazine murah dari China yang menggunakan nama jalan tranq, telah mendapati jalan ke tangan pengedar dadah asing, sekali gus meningkatkan margin keuntungan mereka."
"Pemalsuan berbahaya ini dengan xylazine murah yang diimport dari China menggunakan nama tranq kini menular, sekali gus meningkatkan margin keuntungan p engedar dadah asing," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas kapasitinya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembasmian Dadah, menggesa supaya ancaman dadah yang semakin meningkat di Malaysia, ditangani segera.
Beliau memberikan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (NADA) tempoh tiga bulan untuk menyelaraskan usaha merangka inisiatif berkesan untuk menangani masalah dadah.
Doktor berkenaan berkata Kementerian Pengajian Tinggi, polis dan NADA perlu berkerjasama untuk menghalang kemasukan pengedar dadah asing ke institusi pengajian tinggi tempatan.
Beliau yakin bahawa gabungan teknologi saringan inovatif dan kerjasama yang dipertingkat antara ketiga-tiga pihak ini, akan menjaga reputasi Malaysia sebagai destinasi pendidikan dan melindungi kesejahteraan pelajar tempatan.
"Ketika negara bergelut dengan krisis ini, memperkukuh kaedah saringan di pintu masuk negara kini menjadi lebih kritikal," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023

Anggota dan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) melakukan ujian saringan air kencing terhadap seorang wanita ketika sekatan jalan raya. - Gambar fail/BERNAMA

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Sudah tiba masa Malaysia perlu guna kaedah saringan dadah lebih canggih
Kini terdapat kaedah baharu yang menggunakan rambut dan kuku, kerana kesan dadah dalam sampel sedemikian boleh kekal sehingga 90 hari.