KUANTAN: Penganjuran acara sukan bina badan dilihat selari dengan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada masa ini yang mengutamakan disiplin dan gaya hidup sihat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata ia berikutan penggiat acara berkenaan terikat dengan amalan disiplin ketat meliputi seluruh aspek kehidupan khususnya pemakanan, latihan dan mental yang kental sekali gus bertepatan dengan imej PDRM yang berkarisma.
"Keterampilan yang kemas juga mampu membina keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti warga PDRM untuk memberikan perkhidmatan berkesan dalam mempertahankan keselamatan negara dan ketenteraman awam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian penutup Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Mr Police & Mr Pahang 2024 di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.
Kejohanan berkenaan dianjur dan dikelolakan Majlis Sukan PDRM serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
Razarudin berkata sukan bina badan sememangnya tidak asing dengan PDRM dan beliau begitu berbangga atas kejayaan atlet bina badan yang telah banyak mengharumkan nama pasukan serta negara di peringkat tempatan dan antarabangsa.
"Kecemerlangan Datuk Sazali Samad di arena sukan bina badan bergemerlapan di Sukan SEA, Kejohanan Mr Asia, Mr World Universe, World Police and Fire Games serta dianugerahkan Olahragawan kebangsaan sebanyak empat kali.
"Saya yakin kegemilangan beliau pastinya menjadi pencetus semangat dan penanda aras kepada bakat-bakat baharu untuk menetapkan sasaran yang ingin dicapai," katanya.
Menurut Razarudin penganjuran kejohanan sukan seumpama itu dilihat mampu meningkatkan kualiti pembangunan sukan PDRM dalam usaha mencungkil bakat baharu.
Beliau turut menasihati warga polis yang terlibat dengan sukan berkenaan supaya tidak terjebak sebarang penyalahgunaan bahan terlarang yang boleh merosakkan diri dan merugikan bakat diberikan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 29 2024

Razarudin berkata ia berikutan penggiat acara berkenaan terikat dengan amalan disiplin ketat meliputi seluruh aspek kehidupan khususnya pemakanan, latihan dan mental yang kental. - Gambar fail/Bernama

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di Seremban musnah dalam kebakaran, awal pagi Jumaat.
Menurut Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 7.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Menurut Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pada 7.49 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

PDRM terima 482 laporan sindiket "job scam" libatkan 628 rakyat Malaysia
Dripada jumlah itu, 14 daripada 15 mangsa dari Sabah berjaya diselamatkan manakala seorang lagi masih terkandas di luar negara.

1,404 polis dikenakan hukuman tatatertib tahun lepas
Sebanyak 1,404 anggota polis dikenakan hukuman tatatertib sepanjang tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Hejira Travel masih disiasat, polis nafi tidak bertindak
Sebanyak 141 laporan polis telah diterima sehingga 7 Februari 2025, membabitkan kerugian RM3,015,412.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.

KDN jamin keselamatan negara terkawal, tindakan tegas terhadap jenayah senjata api
Keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan PDRM berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik.