KUALA LUMPUR : Menteri Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin mengakui terkejut dan dukacita apabila terdapat sekolah mengeluarkan panduan pemilihan aktiviti sukan pelajar mengikut kaum.
Menurutnya, tindakan sebegitu adalah bertentangan dengan matlamat dan asas pelaksanaan program sukan di sekolah kerana sukan adalah medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan.
Tegasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu tersebut.
“Apabila melihat panduan tersebut, terlintas dalam fikiran, "Aduh, kenapa perlu sedemikian? Biarlah anak-anak kita main bersama tanpa mengira siapa mereka!”
“Kita tahu bahawa sukan adalah satu medium pengukuhan perpaduan yang amat berkesan. Dalam bersukan, semua ahli pasukan akan berikhtiar sehabis baik untuk memperoleh kemenangan.
“Tentunya tidak pernah terlintas di benak fikiran mereka "Aku kaum lain, maka....". Tidak sama sekali. Sebab itulah sukan merupakan wadah yang dapat mewujudkan satu semangat kebersamaan yang jitu,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau pada Sabtu.
Dalam status sama, beliau turut mengambil contoh beberapa kejayaan sukan negara sebelum ini yang terbukti menyatukan semua rakyat Malaysia.
Tambahnya, tidak kira siapa bertanding, tanpa mengira siapa mereka, seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum dengan penuh semangat patriotik bangkit menyokong sepenuh jiwa.
“Lupakah kita kehebatan pasukan bola sepak negara yang layak ke Sukan Olimpik 1972 dan 1980? Masih ingatkah kita kecemerlangan pasukan hoki kebangsaan yang menduduki tempat keempat Piala Dunia 1975?
“Bukankah kita bangun bersorak apabila pasukan badminton negara yang menjuarai Piala Thomas 1992? Kejayaan besar negara di peringkat antarabangsa ini dibentuk atas semangat perpaduan utuh satu pasukan.
“Kegembiraan disambut seluruh rakyat dengan linangan air mata tanpa mengira siapakah ahli pasukan negara!” tegas beliau.
Sebuah sekolah di Johor sebelum ini dilaporkan mengeluarkan notis kepada pelajar Tingkatan 1 meminta mereka memilih tiga kegiatan kokurikulum.
Begitupun, ia menjadi kontroversi selepas beberapa kegiatan dihadkan kepada kaum dan jantina tertentu.
Antaranya, hanya pelajar Melayu dibenarkan memilih sukan bola sepak dan sepak takraw manakala bola jaring untuk pelajar perempuan Melayu sahaja.
Manakala, sukan bola keranjang dan ping pong pula dihadkan kepada pelajar lelaki dan perempuan Cina sahaja.
Bagaimanapun, difahamkan pihak sekolah sudah mengemas kini notis tersebut dan tiada lagi kaum dan jantina ditetapkan untuk mana-mana sukan.
Ridauddin Daud
Sat Apr 17 2021
Sukan sejak dari dulu selalu menyatukan rakyat Malaysia, tidak kira agama, kaum, darjat, semuanya bersatu di bawah satu bendera, Jalur Gemilang. - Gambar Facebook Radzi Jidin
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
BAP bagi murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 bermula Isnin
Agihan kepada murid Tingkatan 6 baharu pula akan dilaksanakan bermula 1 Julai 2025.
Penggunaan telefon bimbit di sekolah di Brazil akan dilarang
Penggunaan telefon bimbit akan dilarang di sekolah rendah dan menengah di Brazil jika undang-undang yang diluluskan oleh Kongres baru-baru ini mendapat persetujuan Presiden Luiz Inacio Lula da Silva.
Pelajar Tahun 6 maut disyaki terkena renjatan elektrik di sekolah
Siasatan masih dijalankan dan polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
Perikatan Komuniti Selamat seru tindakan segera tangani isu kesihatan mental di sekolah
Peningkatan kes kesihatan mental dan kejadian bunuh diri memperlihatkan keseriusan masalah dialami pelajar akibat beban akademik.
Lebih 415,000 pelarian Gaza berlindung di sekolah PBB - UNRWA
Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) mendedahkan pada Ahad lebih 415,000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian, kini berlindung di bangunan sekol
Sidang media khas KPM mengenai banjir, persiapan SPM pagi ini
Sidang media khas tersebut akan dikendalikan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan diadakan pada jam 10.45 pagi di Putrajaya.
Hampir 200 sekolah di UK ditutup akibat salji lebat
Jabatan Meteorologi UK (Met Office) mengekuarkan amaran peringkat kuning untuk England, Scotland dan Ireland Utara.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.