JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Selasa mencadangkan kepada kerajaan negeri supaya menghidupkan kembali pasukan sukarelawan Johor Volunteer Force (JVF) yang pernah ditubuhkan oleh Almarhum Sultan Ibrahim pada tahun 1905.
Baginda bertitah sebagai langkah permulaan, semua pegawai tadbir negeri Johor perlulah diserapkan di bawah JVF dan diberikan latihan asas ketenteraan bersama Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
"Ini bertujuan menambah kecergasan dan memperkasa disiplin pegawai-pegawai kerajaan. Sehubungan itu juga, pegawai berkenaan boleh memakai uniform JVF semasa bertugas atau menghadiri majlis bersesuaian.
"Ini secara tidak langsung akan meningkatkan imej dan penampilan pegawai tersebut," titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook Royal Press Office (RPO) di sini.
Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Akademi Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (JCS) dan sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) serta Perjanjian Kerjasama yang berlangsung pada Selasa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, bersempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi baginda.
Turut berangkat ke majlis itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sementara itu, mengenai Akademi JCS, Sultan Ibrahim bertitah penubuhannya merupakan satu langkah strategik bagi meningkatkan kecekapan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri.
Selain memberikan ilmu baharu, baginda bertitah akademi itu juga harus memberikan pendedahan dan pengajaran mengenai kes-kes mahkamah yang merugikan kerajaan akibat tindakan dan keputusan yang silap, serta perjanjian yang berat sebelah supaya kesalahan sedemikian tidak berulang lagi.
Baginda berharap akademi ini akan menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan peningkatan mutu perkhidmatan awam negeri.
"Penubuhan Akademi JCS ini adalah tepat pada masanya. Ia perlu berfungsi sebagai sebuah badan perkembangan ilmu untuk melahirkan kakitangan kerajaan yang mahir dalam bidang pengurusan dan pembentukan dasar negeri," titah baginda.
Sultan Ibrahim bertitah melalui jalinan kerjasama dengan agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan profesional, diharapkan akademi ini mampu memberi nilai tambah kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman dalam pelbagai bidang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 23 2021
Sultan Ibrahim mencadangkan supaya menghidupkan kembali pasukan sukarelawan Johor Volunteer Force (JVF). - sinarharian
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Agong, Permaisuri ucap selamat menyambut Vaisakhi, Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong bertitah toleransi dan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain menjadi tunjang perpaduan negara selama ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
DUN Johor, MB ucap tahniah pelantikan Sultan Johor sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar atas pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sultan Johor selamat jalani pembedahan bahu kanan
Sultan Ibrahim berada dalam keadaan sihat selepas selamat menjalani pembedahan pada bahu kanan.
Flat kos rendah: Jangan putar belit kenyataan saya - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada segelintir pihak supaya tidak menjadikan kenyataan baginda mengenai keadaan flat kos rendah di negeri ini sebagai isu politik.
Sultan Johor berkenan sambut ulang tahun kelahiran secara sederhana
Hari Ulang Tahun Keputeraan rasmi Sultan Ibrahim jatuh pada hari pertama umat Islam menyambut 1 Ramadan.