Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melahirkan rasa dukacita Baginda berhubung penganjuran majlis berbuka puasa oleh Ahli Parlimen Johor Bahru di Gurdwara Sahib, di sini, Selasa lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Sultan Ibrahim bertitah bahawa Ahli Parlimen terbabit, Akmal Nasrullah Mohd Nasir tidak pernah merujuk kepada pihak berkuasa Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) mengenai perkara itu.
“Walaupun majlis itu menerima bantahan daripada masyarakat, ia tidak dapat lari daripada fakta bahawa waktu dan keadaan majlis itu dibuat atas nama majlis ibadah berbuka puasa dalam Ramadan.
“Sungguhpun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, beliau tetap ingkar dan meneruskan majlis itu atas dasar toleransi dan perpaduan antara agama, walhal sebagai pemimpin, seharusnya beliau sedar, tahu dan faham membezakan tindakan politik serta agama.
“Bagi memastikan keharmonian kaum dan agama, saya secara konsisten dan berulang kali melarang keras serta tidak membenarkan apa-apa aktiviti politik yang dijalankan dengan menggunakan agama Islam sebagai modal politik mereka,” titah Baginda.
Sultan Ibrahim bertitah Baginda dan keluarga kerap ke majlis perayaan kaum serta agama lain di Johor, namun tidak membawa amalan Islam di premis atau rumah ibadat mereka.
“Saya dan keluarga kerap hadir meraikan perayaan kaum serta agama lain di tempat mereka, namun bukan membawa amalan ibadah Islam di premis mereka sebagaimana dilakukan Ahli Parlimen berkenaan,” titah Baginda.
Meskipun penganjurannya mendapat bantahan dan kecaman daripada masyarakat Islam di negara ini, majlis tersebut tetap diadakan dan dilapir dihadiri kira-kira 250 tetamu.
Asyraf Roslan
Sun Jun 02 2019

Sultan Ibrahim Iskandar melahirkan rasa dukacita berhubung penganjuran majlis berbuka puasa di sebuah gurdwara. -Facebook/officialsultanibrahim

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru disimbah cat merah
Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata terdapat bangkai seekor ayam serta mesej ugutan terhadapnya turut dicampakkan di hadapan pintu berkenaan.

Sultan Johor dukacita majlis buka puasa di Gurdwara Sahib
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dukacita berhubung majlis berbuka puasa anjuran Ahli Parlimen Johor Bahru di Gurdwara Sahib, di sini, Selasa lalu.

Pusat khidmat rakyat penghubung rakyat dan kerajaan - Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pusat khidmat rakyat amat penting sebagai institusi penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Beri tumpuan cara hasil GST dikembalikan kepada rakyat
Tiada satu negara pun yang melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membatalkan sistem cukai berkenaan, sekali gus membuktikan pelaksanaannya adalah relevan untuk pembangunan ekonomi negara.