ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menyambut baik inisiatif kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang akan melancarkan Tahun Melawat Kedah pada tahun hadapan.
Menurut baginda, langkah berkenaan berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul dan lebih dikenali di peringkat antarabangsa.
Seiring dengan hasrat terbabit, Sultan Sallehuddin berharap agar semua jabatan dan agensi yang terlibat untuk memastikan semua kemudahan infrastruktur serta perkhidmatan pelancongan berada dalam keadaan lengkap dan sempurna bagi menerima kehadiran pelancong.
"Bagi memastikan inisiatif kerajaan ini dapat direalisasikan dengan jayanya, aspek kebersihan dan keindahan perlu sentiasa berada pada tahap terbaik, serta menjadi agenda penting setiap Pihak Berkuasa Tempatan, sepanjang kempen Tahun Melawat Kedah 2025,
"Dalam hal ini, Beta menyokong langkah proaktif yang digerakkan oleh Mamanda Menteri Besar, yang mensasarkan Pulau Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan, yang terbersih di dunia," titah Sultan Sallehuddin.
Baginda bertitah demikian ketika berucap bersempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-82 di Istana Anak Bukit, di sini, pada Ahad.
Turut berangkat, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff.
Sementara itu, Sultan Sallehuddin turut bertitah agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang lain untuk terus memastikan kebersihan serta keindahan persekitaran dijaga dan dipantau dengan lebih efisyen agar menjadi sebuah bandar bersih.
Baginda juga menyarankan agar Kerajaan Negeri Kedah untuk memupuk budaya hidup sihat serta persekitaran bersih, bagi menjamin kesejahteraan serta kesihatan kepada seluruh rakyat negeri itu.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jun 30 2024

Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah diiringi Sultanah Maliha Almarhum Tengku Ariff berangkat ke sambutan Hari Keputeraan Sultan Kedah yang ke-82 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, pada Ahad.
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS) hari ini.

Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.

Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.

Sultan Kedah berkenan lawat mangsa banjir di PPS
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti hari ini.

Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.

Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025
Tahun Melawat Kedah 2025 berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul, titah Sultan Sallehuddin.

Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah
Insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan Negeri Kedah pada masa hadapan, titah Sultan Sallehuddin.

Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.