KUALA KANGSAR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar di sini hari ini.
Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A'fifullah Shah dan Raja Di Hilir Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah.
Keberangkatan tiba baginda berdua pada 11.08 minit pagi disambut oleh Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubin.
Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Pada majlis itu Sultan Nazrin berkenan melafazkan lafaz perasmian dan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian klinik berkenaan.
Sementara itu Dzulkefly dalam sembah ucapannya berkata bangunan Klinik Kesihatan Kuala Kangsar itu dibina menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 dengan kos keseluruhan RM20.75 juta ringgit dan beroperasi sejak 4 Jan 2021.
Beliau berkata klinik itu menyediakan perkhidmatan kesihatan primer meliputi mukim Kota Lama Kiri, mukim Kota Lama Kanan, mukim Sayong dan mukim Senggang; dengan anggaran populasi 60,000 orang.
"Klinik ini menyediakan perkhidmatan yang holistik melalui perkhidmatan pesakit luar dan kecemasan; perkhidmatan kaunseling oleh Pegawai Psikologi; makmal perubatan; farmasi; perkhidmatan X-Ray dan rehabilitasi
"Dua orang pakar perubatan keluarga telah ditempatkan di klinik ini bersama 111 anggota pelbagai jawatan; berserta seorang pakar periodontik bersama 37 anggota pelbagai jawatan untuk Klinik Pergigian," katanya.
Dzulkefly berkata Klinik Kesihatan Kuala Kangsar memainkan peranan penting dalam transformasi penyampaian kesihatan primer dan sejak mula beroperasi, jumlah pengunjung telah meningkat daripada jumlah kira-kira 300 hingga 400 orang sehari pada tahun 2021, kepada 500 hingga 700 orang sehari tahun lepas.
Beliau berkata perkhidmatan di luar fasiliti turut disediakan bagi meningkatkan capaian kumpulan tertentu; iaitu melalui pasukan kesihatan, sekolah, dan pasukan penjagaan domisiliari bagi mereka yang memerlukan penjagaan di rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024
![Sultan Nazrin berkenan rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar Sultan Nazrin berkenan rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719303474_SultanNazrinShah.jpg)
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menurunkan tandatangan pada perasmian Klinik Kesihatan Kuala Kangsar hari ini. - Foto Bernama
![Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739960236_TengkuMuhammadIsma.jpg)
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739862361_SultanPerakSultan.jpg)
Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.
![Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64 Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732940570_SultanNazrinShah.jpg)
Titah penuh Sultan Nazrin sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64
Titah penuh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya ke-64 hari ini.
![“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin “Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722927945_SultanNazrinShah.jpg)
“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.
![Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732361475_TBNAZRINSHAH.jpg)
Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.
![Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17 Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732342185_NazrinShah.jpg)
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
![Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731398383_SultanNazrin.jpg)
Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.
![Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731122068_SultanNazrinShah.jpg)
Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.
![Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731121755_SultanNazrinShah.jpg)
Penumpuan kuasa, kelemahan institusi punca tercicir keadilan - Sultan Nazrin
Penumpuan kuasa dan kelemahan ketara mana-mana institusi berkenaan juga mendorong kepada penyalahgunaan kuasa dan mengakibatkan perpecahan rakyat.
![Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730448057_tbMohdZahidiZainud.jpg)
Sultan Nazrin berkenan biaya hidangan tengah hari kepada 7,800 prospek di Perak
Sultan Perak berkenan membiayai hidangan makanan tengah hari kepada 7,800 prospek yang sedang menjalani hukuman di penjara, pusat koreksional dan pusat pemulihan akhlak di Perak.
![Raja ilmuan berjiwa rakyat Raja ilmuan berjiwa rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730425823_SultanNazrin.jpg)
Raja ilmuan berjiwa rakyat
Kesarjanaan Sultan Nazrin bukan sahaja dikagumi rakyat negara ini, malah turut disanjung masyarakat antarabangsa.