IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mengangkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.
Pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-263 (Khas) Oktober lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, manakala Sultan Nazrin Shah telah dilantik semula sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun mulai 31 Jan.
Kedua-dua Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah dan menandatangani surat cara memegang jawatan di Istana Negara hari ini, menandakan dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi dalam berkhidmat untuk negara.
Sultan Nazrin Shah telah melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dengan penuh dedikasi, dan pelantikan semula ke jawatan itu adalah bukti jelas terhadap prestasi cemerlang baginda.
Baginda pernah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong apabila Sultan Muhammad V menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 2016, dan kemudiannya mengekalkan peranan itu semasa Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada tahun 2019, menyerlahkan lagi sumbangannya yang tidak ternilai kepada institusi diraja.
Sultan Nazrin Shah diputerakan pada 27 Nov 1956, di Georgetown, Pulau Pinang.
Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Muda Perak pada pada 15 April 1987.
Susulan kemangkatan ayahandanya, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Selain melaksanakan tanggungjawab perlembagaan di Malaysia, Sultan Nazrin Shah turut mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015-2016.
Baginda juga pernah memainkan peranan sebagai Duta Khas Malaysia ke Dialog Antara Agama dan Antara Kebudayaan di persidangan Perikatan Tamadun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC).
Dalam negara, baginda merupakan Canselor Universiti Malaya. Baginda juga adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.
Sultan Nazrin Shah juga merupakan Felo Kehormat Worcester College, Universiti Oxford serta Magdalene College dan St Edmund's College, Universiti Cambridge.
Baginda juga adalah Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Felo Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Felow Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia; Felow Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia; dan Penaung Diraja Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri Malaysia; Penaung Diraja (sebelum ini Duta Kewangan) Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).
Pendidikan awal baginda bermula di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sebelum baginda menyambung pendidikan di Sekolah St. John, Kuala Lumpur, dan seterusnya berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge.
Sultan Nazrin Shah kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.
Baginda diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan seorang puteri Raja Nazira Safya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat pada Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Hospital UTAR di Kampar
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyempurnakan majlis perasmian Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kampar.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Menara Hasil LHDN Teluk Intan
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Menara Hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Teluk Intan.

Sultan Nazrin lancar buku berkaitan sejarah PDRM pertahan keamanan negara
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, hari ini berkenan melancarkan buku yang memaparkan sejarah dan pencapaian Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sultan Nazrin berkenan rasmi Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Hospital Fatimah.

Perlakuan rasuah ketika ini amat mengaibkan negara - Sultan Nazrin
Perbuatan itu menyebabkan rakyat terpaksa menanggung beban dengan menyifatkan ia ibarat barah yang merosak anatomi negara.

“Jangan ambil mudah soal pembangunan negara” - Sultan Nazrin
Dunia memerlukan pendekatan pembangunan baharu yang berani dan inovatif untuk menangani kemelut yang semakin kompleks.

Sultan Nazrin berkenan meriahkan Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Deepavali 2024 Negeri Perak di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.

Sultan Nazrin lancar buku Tun Abdul Razak mengenai visi untuk Malaysia
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan melancarkan buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses.

Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin
Apabila agama dan kaum dijadikan 'mata wang yang sah' untuk meraih laba politik, retorik-retorik atas nama agama yang keterlaluan semakin dicetuskan, titah Sultan Nazrin.