KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta menasihati seluruh rakyat, terutamanya rakyat di negeri itu, agar menyambut lebaran dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.
Turut menzahirkan ucapan itu adalah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Al-Sultan Abdullah dalam perutusan sempena Aidilfitri 2024 bertitah agar setiap rakyat menitikberatkan aspek kesihatan dan memastikan ahli keluarga, khususnya anak-anak sentiasa dalam keadaan sihat ketika negara kini berdepan cuaca panas disebabkan fenomena El-Nino.
"Fenomena ini boleh menjejaskan kesihatan dengan berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba. Oleh itu, suka saya menasihatkan kepada semua agar menjaga kesihatan di musim perayaan ini, meminum air secukupnya dan mengehadkan aktiviti di luar rumah," titah baginda dalam Facebook Kesultanan Pahang.
Pada masa sama, baginda menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya 4 Briged yang sedang membantu memadam api dalam operasi di Penor dan di tempat-tempat yang lain.
Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru seluruh umat Islam dan juga semua bangsa tidak mengira keturunan dan agama di negara ini agar terus mengukuhkan perpaduan dan menyemarakkan semangat muhibah antara satu sama lain.
"Beta berharap seluruh umat Islam terus mengekalkan hubungan silaturahim dan bermaaf-maafan, lebih-lebih lagi dengan suasana Syawal yang penuh dengan tradisi rumah terbuka dan kunjung mengunjung.
"Amalan ini mampu mempererat jalinan perpaduan," titah baginda menerusi Selangor Royal Office.
Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri kepada seluruh umat Islam di Selangor.
Baginda turut meningatkan setiap lapisan masyarakat supaya sentiasa mengamalkan sifat mulia dalam tingkah laku dan mengelak menulis perkara yang menjurus kepada fitnah dan buruk sangka.
"Elakkan fitnah dan buruk sangka kerana apa sahaja yang kita lakukan adalah menjurus kepada ketakwaan kepada Allah SWT,"titah baginda.
Sultan Sharafuddin juga menasihatkan orang ramai yang menempuh perjalanan pulang ke kampung halaman untuk berhati-hati semasa memandu dan sentiasa berwaspada ketika di jalan raya.
"Beta berdoa agar sambutan Hari Raya kali ini diraikan dalam suasana yang meriah dan penuh harmoni. Semoga Syawal yang menyusuli pemergian Ramadan ini dapat kita sambut dengan kegembiraan sejati," titah baginda. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta menasihati seluruh rakyat, terutamanya rakyat di negeri Pahang, agar menyambut lebaran dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Titah Adendum: "Apakah reaksi dan tindakan lanjut UMNO?"- Ku Li
Tengku Razaleigh Hamzah membangkitkan beberapa persoalan susulan keputusan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung Titah Adendum.
Sultan Pahang berkenan rasmi Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.
Sultan Pahang titah Kerajaan Negeri, rakyat siap siaga hadapi banjir
Sultan Pahang bertitah supaya kerajaan Pahang dan rakyat negeri ini bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, berikutan ramalan hujan secara berterusan hingga 11 Dis ini.
Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah terima Ijazah Kehormat MMU
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah hari ini berkenan menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen Universiti Multimedia (MMU) ke-25 di sini hari ini.
Sultan Pahang titah agensi berkaitan kemas kini data ramalan cuaca dan banjir lebih kerap
Al-Sultan Abdullah bertitah maklumat terkini itu amat penting kepada rakyat terutama mereka yang tinggal di lokasi berisiko dilanda banjir.
Banjir: Sultan Pahang titah masjid, surau lakukan solat hajat
Baginda bertitah agar solat hajat ini dapat dilakukan selepas solat Jumaat dan selepas solat Maghrib setiap hari.
Al-Sultan Abdullah titah wujudkan pasukan khas SAR di Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah bertitah sebuah pasukan khas bagi operasi SAR perlu ditubuhkan di negeri ini terutamanya membabitkan kejadian lemas atau orang hilang.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada keluarga Ahmad Nawab
Sultan Pahang Al-Sultan dan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda muzik negara, Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab.