IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan titah perkenan agar semua masjid di Perak dibenarkan menerima bilangan jemaah solat Jumaat dan solat fardu mengikut keluasan dewan solat utama dengan mematuhi jarak fizikal yang ditetapkan, berkuat kuasa solat Maghrib esok.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Perak telah disembah maklum panduan aktiviti di masjid dan surau semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa di negeri itu.
Katanya, setelah mengambil maklum sembah nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri (KKM) dan Majlis Keselamatan (MKN) Negeri Perak, serta berlandaskan sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Baginda menzahirkan titah perkenan penguatkuasaan berkenaan.
“Semua surau, termasuk surau dalam kem tentera dan polis, bangunan pejabat, institusi, universiti, politeknik, maktab, sekolah, syarikat dan kilang, dibenarkan untuk mendirikan Solat Jumaat agar seramai mungkin jemaah berpeluang menunaikan solat Jumaat.
“Selain itu, semua masjid dan surau dibenarkan mengadakan solat sunat Aidiladha dengan menerima bilangan jemaah mengikut keluasan dewan solat utama dengan mematuhi jarak fizikal yang ditetapkan.
“Turut dibenarkan untuk diadakan solat sunat Aidiladha diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan-kawasan perumahan dengan memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Hari Raya Aidiladha kepada Balai Polis atau Pondok Polis terdekat,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu katanya, bagi solat jenazah ianya hanya terbatas kepada ahli-ahli kariah jemaah lekaki sahaja.
Dalam kenyataan sama, Mohd Annuar berkata, kuliah ilmu dibenarkan dalam ruang waktu selepas solat Maghrib dan hentikan segera sebaik masuk waktu solat Isyak.
Bagi kuliah sebelum solat Jumaat, beliau berkata ia hendaklah diadakan tidak melebihi tempoh 30 minit.
“Untuk solat Jumaat dan solat jenazah, hanya jemaah lelaki, warganegara dan penduduk tetap Malaysia, berusia 12 tahun ke atas dibenarkan.
“Bagi solat fardu dan solat sunat Aidiladha, terhad kepada jemaah lelaki dan wanita, warganegara dan penduduk tetap Malaysia berusia 12 tahun ke atas,” ujarnya.
Tambah beliau, kumpulan berisiko tinggi khususnya yang menghidap penyakit tertentu dinasihatkan untuk tidak menghadiri aktiviti berkumpulan di masjid atau surau.
Selain itu jelasnya, tidak dibenarkan juga untuk diadakan aktiviti jamuan di dalam dalam masjid atau surau, termasuk di ruang pekarangan bangunan.
Pada masa sama, beliau berkata, tidak dibenarkan sebarang aktiviti termasuk mendirikan solat Jumaat, solat fardu, solat sunat Aidiladha dan solat jenazah di masjid dan surau yang terletak dalam kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Kuasa budi bicara diberikan kepada Orang Besar Jajahan bersama Pegawai Daerah dan Pegawai Tadbir Agama Daerah untuk mengarahkan mana-mana masjid atau surau ditutup sementara dan tidak dibenarkan mendirikan solat dalam masjid dan surau, apabila mendapat nasihat atau maklum balas dari MKN, Jabatan Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), ada berlakunya penularan wabak dalam kariah atau mukim berkaitan.
“Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengeluarkan garis panduan terperinci kepada semua jawatankuasa serta pegawai masjid dan surau, di samping bertanggungjawab memantau pematuhan garis panduan menurut yang ditetapkan,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Jul 07 2021

Perkenan itu adalah selepas mengambil maklum nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri (KKM) dan Majlis Keselamatan (MKN) Negeri Perak, serta berlandaskan sembah nasihat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak. - Gambar hiasan/Astro AWANI/Shahir Omar
[TERKINI] ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
ADUN Ayer Kuning, Perak Ishsam Shahruddin, 58 tahun, dilaporkan meninggal dunia hari ini selepas tidak sedarkan diri rebah ketika perlawanan bola sepak di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang.
"..tapi mereka sebelum apa-apa dah tuduh kita paksa sokong PM.." - PM
Perdana Menteri menjawab kepada soalan wartawan berkenaan peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang bahawa mandat telah diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri tetapi mereka masih berdolak dalih.
#AWANInews
#AWANInews
Penutupan separa LRA Telibong, gangguan air di KK & Tuaran
Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dinasihatkan bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air susulan penutupan separa kecemasan di Loji Rawatan Air Telibong II fasa I.
Gabungan pemimpin berpengalaman dan belia kukuhkan PN
Perikatan Nasional (PN) YAKIN Gabungan kepimpinan berpengalaman bersama barisan anak muda dapat memeperkukuhkan lagi kedudukannya.
Angkat martabat, selesaikan masalah rakyat
Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyatakan rakyat Sabah bijak dalam menentukan masa depan politik mereka.
Jambatan Muara Lassa hubungkan Pulau Bruit ke Matu & Daro
Jambatan Muara Lassa sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM600 juta yang menghubungkan pulau Bruit ke Matu dan Daro bertujuan meningkatkan akses darat bagi penduduk kawasan luar bandar.
462 diperiksa, 139 PATI ditahan sekitar Tawau dan Semporna
Seramai 462 orang diperiksa dan 139 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan melalui OP Sapu yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah sekitar daerah daerah Tawau dan Semporna pada Jumaat dan Sabtu.
ATM perkukuh semangat patriotik penduduk Pantai Timur Sabah
Program kenegaraan dalam kalangan penduduk Pantai Timur Sabah anjuran ATM menekankan pengisian kesedaran keselamatan serta pengukuhan nilai-nilai patriotik dan cintakan tanah air.
"Mengingatkan kepada teguran, kritikan dan hasrat rakyat.." - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu antara tujuan permukiman jemaah menteri ini adalah untuk menilai prestasi kerja para menteri supaya dapat diperbaiki berikutnya. Walaupun ada beberapa angka pencapaian membanggakan, namun ada juga masalah yang perlu dilakukan penyesuaian, tambah beliau.
#AWANInews
#AWANInews

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.

Pengurusan surau, masjid berusia puluhan tahun disaran periksa sistem pendawaian
Langkah itu bertujuan mengelak insiden litar pintas yang boleh menyebabkan kebakaran sekali gus mengancam keselamatan jemaah.

Banjir: Masjid seliaan JAKIM, JAWI anjur solat hajat esok
Kesemua masjid berkenaan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan susulan bencana banjir, esok selepas solat Jumaat.

Mendapan tanah: Masjid di Kampung Bawah Bukit masih selamat digunakan - JKR Perlis
Masjid As-Solihin di Kampung Bawah Bukit, Chuping dekat sini masih selamat untuk digunakan orang ramai setakat ini meskipun berlaku mendapan tanah.

Dua warga Pakistan antara empat maut dalam tembakan berhampiran masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat tembakan di sekitar masjid di kawasan Wadi al-Kabir di ibu negara, Muscat.

Tembakan di masjid di Muscat, polis Oman lancar siasatan
Polis memaklumkan semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan telah diambil sebagai tindak balas terhadap insiden itu.

Sekurang-kurangnya 4 maut, insiden tembakan di masjid di Oman
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat.

JAKIM saran institusi masjid teroka teknologi AI
JAKIM menyarankan institusi masjid di negara ini memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) sejajar dengan hasrat kerajaan dalam pendigitalan penyampaian perkhidmatan.