Ketibaan baginda di masjid berkenaan disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, barisan Exco Kerajaan Negeri dan beberapa kenamaan lain.
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
![Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menyiram air mawar di makam ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah selepas berangkat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah hari ini. - Foto BERNAMA](https://img.astroawani.com/2023-04/71682140063_freesize.jpg)
Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Nazrin kemudiannya menziarahi pusara ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah di Makam Diraja masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.