SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub, 93, yang meninggal dunia semalam.
Menerusi hantaran di akaun Facebook, Selangor Royal Office memaklumkan, Sultan Sharafuddin mengagumi usaha-usaha Allahyarham yang mempunyai visi dan pandangan jauh dalam merancang sesuatu perkara, di samping mempunyai pendirian bahawa sesuatu kejayaan yang cemerlang boleh dicapai dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan komitmen yang berterusan.
Menurut kenyataan tersebut, Arshad pernah memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan dan merupakan perintis kepada pembangunan Institut Teknologi MARA yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM).
"Penubuhan UiTM yang diasaskan Allahyarham adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik terutama dari luar bandar melalui program-program yang diadakan di UiTM.
"Visi dan perancangan Allahyarham ini telah menghasilkan ramai para profesional dan ilmuan yang diiktiraf oleh antarabangsa. Allahyarham Tun Dr Arshad Ayub telah mencurahkan sebahagian besar tenaga dan usianya kepada pembangunan UiTM," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan sebagai menghargai usaha Arshad dalam membangunkan UiTM yang Kampus Induknya terletak di Selangor, baginda telah mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama, Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Datuk Seri.
"Sesungguhnya negara telah kehilangan seorang tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbiran yang sukar dicari ganti," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut baginda berdua berharap balu Allahyarham Toh Puan Zaleha Mohd Arshad dan waris keluarga tabah menerima ketentuan Allah dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Allahyarham sebelum ini dilapor dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak Selasa lepas kerana masalah kesihatan, sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 2.06 pagi semalam.
Beliau meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022
Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan perutusan takziah kepada waris dan keluarga tokoh pendidikan negara Tun Arshad Ayub. - Gambar Facebook Selangor Royal Office
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian Tun Arshad Ayub
Negara kehilangan seorang tokoh pelopor inovasi pendidikan dan pentadbiran yang sukar dicari ganti.
"Jika terjatuh, terus bangkit .. biarpun berkali-kali" - Pesan Arshad Ayub kepada keluarga
Bagi Datin Seri Azlin Arshad, itu adalah legasi dan pesanan Allahyarham Tun Arshad Ayub, yang akan pegang selagi badan dikandung hayat
Pemergian Tun Arshad, negara kehilangan tokoh pejuang pendidikan - Ismail Sabri
Allahyarham adalah seorang pendidik berpandangan jauh yang memberi impak besar kepada pendidikan negara, kata Perdana Menteri.