DOKTOR perubatan, Dr Wu Lein-teh, anak kelahiran Pulau Pinang diberi penghormatan dalam paparan terbaharu di halaman carian Google.com.
Dr Wu yang meninggal dunia pada 1960 dirai dalam inisiatif 'Google Doodle' atas sumbangan beliau dalam bidang perubatan.
Untuk makluman, Dr Wu adalah individu penting dalam peranannya melawan wabak 'Manchuria' yang bermula sejak 1910 ketika era pemerintahan Dinasti Qing.
Diberi nama Ngoh Lean Tuck semasa lahir, Ngoh menukar namanya kepada 'Wu Lien-teh' ketika beliau berhijrah ke China pada 1908.
Dr Wu dilahirkan di Pulau Pinang pada 1879 dan pernah bersekolah di Penang Free School sebelum mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge pada 1896.
Antara pencapaian penting Dr Wu ialah beliau pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Pengarah Imperial Army College di Tianjin.
Di atas kejayaannya melakukan bedah siasat bagi mengetahui punca wabak Bacillus Pestis atau lebih dikenali wabak bubonik, kepercayaan masyarakat China terhadap sistem perubatan barat dengan proses itu juga mula berubah.
Selain itu, Dr Wu telah diberi kepercayaan penuh untuk memulakan pemodenan terhadap sistem perubatan China dengan membuka North Manchurian Plague Prevention Service, sebelum mengasaskan National Medical Association pada tahun 1915.
Beliau terus menabur bakti dalam bidang perubatan sehingga dilantik menjadi pengarah pertama Pusat Kuarantin Negara China pada 1930 di Shanghai.
Sumbangan besarnya itu membolehkan nama beliau dicalonkan untuk anugerah Nobel pada tahun 1935.
Dr Wu turut mendapat gelaran 'Bapa Perubatan Moden' di China.
Beliau sempat pulang ke Ipoh, Perak pada tahun 1937 sebelum meninggal dunia pada 21 Januari 1960 akibat serangan angin ahmar.
Nickyson Nyambar
Wed Mar 10 2021

Halaman utama Google memaparkan animasi Dr Wu Lien-teh sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan besarnya dalam bidang perubatan. -Gambar Google
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Sumbangan doktor kelahiran Pulau Pinang Dr Wu Lien-teh dirai di Google Doodle
Penghormatan itu diberikan bersempena ulang tahun kelahiran ke-142 Dr Wu Lien-teh serta atas sumbangan besarnya dalam dunia perubatan.