KUALA LUMPUR: Sumbangan bantuan dua hala Malaysia kepada Palestin sememangnya merupakan usaha yang amat diperlukan, kata Pertubuhan Palestinian Culture Organisation Malaysia (PICOM).
Pengerusinya Muslim Imran berkata Malaysia secara konsisten memberikan sokongan kukuh kepada Palestin dan perjuangan penduduknya dari segi politik, ekonomi dan moral, selaras dengan prinsip Malaysia untuk berdiri teguh bersama Palestin.
"Saya sanjung Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap usahanya (sumbangan dua hala). Malaysia sentiasa di barisan hadapan dalam memberi sokongan terhadap perjuangan Palestin," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.
Muhyiddin dalam perutusan khas berhubung isu Palestin yang disiarkan oleh Bernama TV dan stesen penyiaran tempatan semalam berkata, Malaysia akan terus membuat sumbangan dua hala kepada Palestin, di samping menyalurkan sumbangan kepada badan antarabangsa yang lain.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa Malaysia sedih dan kecewa dengan ketidakupayaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk segera menghentikan keganasan Israel terhadap penduduk Palestin, dan mengatakan bahawa serangan itu terhadap Palestin itu merupakan jenayah perang yang melanggar Konvensyen Geneva Keempat 1949.
Sementara itu Muslim percaya Malaysia, Indonesia dan Brunei berupaya memberi tekanan kepada UNSC untuk bertindak segera memastikan Israel menghentikan serangan terhadap penduduk Palestin, di samping memberi tekanan kepada Amerika Syarikat untuk menghentikan bantuan kepada Israel.
Beliau berkata Malaysia yang memang dihormati di peringkat antarabangsa, dengan statusnya dan berdiri sebaris dengan negara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan keanggotaan Indonesia dalam UNSC, akan membolehkan ia memainkan peranan dalam memberi tekanan kepada badan dunia itu untuk meletakkan Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab terhadap keganasan, dan menghentikan serangannya terhadap Palestin.
Menyentuh inisiatif yang diterajui Malaysia, bersama dengan Indonesia dan Brunei dalam mengeluarkan kenyataan bersama bagi mengutuk serangan Israel, Muslim berharap ketiga-tiga negara itu akan mengetengahkan isu betapa sikap Israel yang tidak menghormati kebebasan beragama, dan pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin.
"Kerajaan Malaysia, Indonesia dan Brunei sudah pun mengeluakan kenyataan keras menyokong Palestin dan mengecam Israel. Saya harap mereka akan terus ke peringkat berikutnya bekerjasama secara konsep bagi menyisihkan Israel di peringkat antarabangsa, dan membawa Israel kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)," tambahnya.
Muslim turut memuji sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia serta rakyat negara ini kepada Palestin selama ini, dan berharap ia akan berterusan, terutama selepas gesaan Muhyiddin untuk orang ramai terus memberi sumbangan kepada Palestin menerusi dana kebajikan sah yang ditubuhkan bagi tujuan itu.
Pada masa yang sama Muslim juga berharap rakyat Malaysia akan berdiri teguh dalam kerjasama mengumpul dana buat kepada Palestin bagi membantu dari pelbagai sudut termasuk pendidikan, bantuan perubatan, misi keamanan dan sebagainya, di samping mengucapkan terima kasih terhadap sokongan rakyat Malaysia di media sosial yang mewujudkan beberapa tanda pagar (hastags) termasuk #koyakIsrael.
Keganasan Israel baru-baru ini dilaporkan bermula dengan pencerobohan dan serangan di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei dan serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 16 2021
![Sumbangan Malaysia kepada Palestin amat diperlukan - PICOM Sumbangan Malaysia kepada Palestin amat diperlukan - PICOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81620926063_IsraeliPalestinian.jpg)
Keganasan Israel baru-baru ini dilaporkan bermula dengan pencerobohan dan serangan di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei dan serangan udara di Semenanjung Gaza sejak Isnin. - Gambar fail REUTERS
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.
![Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Mesir anjur sidang kemuncak tergempar Arab
Sidang kemuncak yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 27 Februari ditangguhkan ke 4 Mac bagi melengkapkan persiapan logistik.
![Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739250918_tbGazaCity.jpg)
Lebih 250,000 rumah musnah atau tidak boleh diduduki di Gaza
Lebih 250,000 rumah musnah atau mengalami kerosakan teruk di Semenanjung Gaza selepas 15 bulan diserang Israel.
![Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739664064_TBPalestinians.jpg)
Hamas bebas tiga tebusan, Israel lepas 369 tahanan Palestin
Bas pertama tiba di Ramallah disambut sorakan orang ramai yang mengibarkan bendera Palestin.
![Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739630242_Palestinianprisoner.jpg)
Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
![Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739547156_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.
![Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin - PM Anwar Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739524536_AnwarIbrahim.jpg)
Malaysia kekal konsisten pertahan hak Palestin - PM Anwar
Beliau berkata kerajaan juga kekal teguh dengan hak Palestin dan rakyatnya untuk membangunkan semula negara itu secara bebas.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739347375_Palestinians.jpg)
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin, seru penyelesaian damai
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.