KOTA TINGGI: Tajaan syarikat minuman keras kepada sebuah sekolah Cina di Sepang, Selangor baru-baru ini adalah untuk penganjuran konsert amal dan bukannya sumbangan kepada sekolah berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata konsert amal itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Lembaga Pengelola Sekolah, namun wujud persepsi bahawa sumbangan itu adalah untuk dana sekolah.
"Apa yang dilakukan adalah penajaan terhadap 'event' (konsert amal) yang dibuat oleh syarikat itu. Ia dianjurkan oleh persatuan ibu bapa (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah.
"Dalam perkara ini, ia tidak pun menyebut bahawa sumbangan daripada syarikat minuman keras itu disalurkan kepada mana-mana sekolah sebagaimana persepsi yang wujud," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan rumusan di Program Pemukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sebuah hotel dekat sini hari ini.
Baru-baru ini kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan bagi membina dewan sekolah yang didirikan sejak 30 tahun lepas itu dikatakan turut membabitkan sumbangan dan tajaan sebuah syarikat arak.
Ia menimbulkan kemarahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh yang mahukan siasatan dilakukan dan menyokong langkah Kementerian Pendidikan melarang sumbangan membabitkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah dan minuman keras kepada sekolah.
Surat pekeliling KPM pada 29 Mac 2018 jelas menyatakan sumbangan kepada sekolah-sekolah tidak boleh membabitkan syarikat arak, rokok, judi dan seumpamanya kerana boleh jejaskan potensi murid dari segi rohani, emosi dan jasmani.
Susulan itu jurucakap kerajaan merangkap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata isu berkenaan telah dibincangkan dalam Kabinet, namun kerajaan menyerahkan kepada menteri berkenaan, Fadhlina Sidek untuk menjawab persoalan mengenai perkara itu.
KPM dalam kenyataan sebelum ini memberitahu pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang melakukan siasatan lanjut, selain turut mengingatkan pentadbir di institusi pendidikan di bawahnya supaya mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
![Sumbangan syarikat arak untuk konsert amal, bukan kepada sekolah - Ahmad Zahid Sumbangan syarikat arak untuk konsert amal, bukan kepada sekolah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721987259_ZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid berkata konsert amal itu dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan Lembaga Pengelola Sekolah. - Bernama
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
![Harris mula kumpul dana tentang dasar Trump, perkukuh parti demokrat Harris mula kumpul dana tentang dasar Trump, perkukuh parti demokrat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739679675_KamalaHarrisUS.jpg)
Harris mula kumpul dana tentang dasar Trump, perkukuh parti demokrat
Bekas naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, yang tewas kepada Donald Trump dalam pilihan raya presiden November 2024, mula meminta sumbangan daripada pengundi.
![Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739369754_SumbanganRahmah.jpg)
Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan
Fadhlina yang diwakili Pegawai Khasnya menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu.
![Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738205695_tbsumbangan.jpg)
Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.
![Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735823693_tbYAPEIM.jpg)
Nahas Ayer Keroh: Dua beradik yatim piatu terima sumbangan YaPEIM
Sumbangan berjumlah RM6,900 itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
![100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas 100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735280467_TBTEONIECHING.jpg)
100 penggiat industri disasar terima sumbangan Ziarah MADANI@Finas
Sehingga kini, 48 penggiat industri menerima bantuan Ziarah Seni MADANI@Finas yang bertujuan meringankan beban warga seni yang memerlukan.
![Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733813702_tbNajibTunRazak.jpg)
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
![Tabung Haji sumbang hampir RM160,000 bantu pelajar asnaf Tabung Haji sumbang hampir RM160,000 bantu pelajar asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81622095664_TabungHaji.jpg)
Tabung Haji sumbang hampir RM160,000 bantu pelajar asnaf
Lembaga Tabung Haji (TH) menyumbangkan hampir RM160,000 untuk Program Bijak Bestari Kampung Bharu yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar asnaf.
![Banjir: NGO kecewa, tolak sumbangan bersyarat RM100,000 Banjir: NGO kecewa, tolak sumbangan bersyarat RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732936127_WilliamCheahKemba.jpg)
Banjir: NGO kecewa, tolak sumbangan bersyarat RM100,000
Sebuah NGO mendakwa terdapat pihak mengenakan syarat publisiti wajib untuk misi bantuan banjir mereka.
![Wanita Kelantan derma rantai, gelang emas demi Palestin Wanita Kelantan derma rantai, gelang emas demi Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81730296310_barangkemas.jpg)
Wanita Kelantan derma rantai, gelang emas demi Palestin
Projek pertama kali dilancarkan itu menandakan kecaknaan rakyat Kelantan terhadap nasib rakyat Palestin yang merentas agama, kaum dan keturunan.
![Anwar sampai sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub Anwar sampai sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729390545_tbZiarahMADANI.jpg)
Anwar sampai sumbangan kepada bekas Ahli Parlimen Raub
Sumbangan bagi meringankan beban kos rawatan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi.