KOTA BHARU:Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatatkan bacaan melebihi paras waspada setakat pukul 9 pagi ini.
Menurut laporan infobanjir.water.gov.my, paras air Sungai Golok menunjukkan bacaan 7.78 meter (m) melepasi paras waspada iaitu 7 m dengan trend menaik.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang Imran Ismail berkata peningkatan paras air sungai yang berlaku di Sungai Golok ketika ini, berikutan sesekali hujan lebat di kawasan terbabit sejak semalam.
"Setakat ini, berdasarkan pemantauan pihak kami kemungkinan untuk berlaku banjir adalah rendah memandangkan hanya sesekali hujan lebat berlaku ketika ini.
"Namun, kita tidak menolak kemungkinan akan banjir sekiranya berlaku hujan berterusan dalam tempoh tujuh hingga lapan jam di Rantau Panjang dan di hulu Sungai Golok.
"Bagaimanapun, kita menasihatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan paras air sungai berdekatan mereka dan mengambil langkah awal seperti mengemas dokumen-dokumen penting sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Imran berkata, tinjauan pihaknya semalam juga menunjukkan aliran air sungai adalah deras berikutan peningkatan paras air, selain penduduk kampung dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.
"Pihak kami sudah bersedia daripada segi fizikal dan mental dalam menghadapi musim tengkujuh ini, dan sekiranya berlaku banjir kita akan tukarkan tempoh bekerja daripada 12 jam kepada 24 jam serta-merta dengan penglibatan seramai 13 anggota berbanding tempoh biasa hanya lapan anggota.
"Daripada kesediaan aset ketika ini, sebanyak tiga bot aluminium sentiasa dipastikan berada dalam keadaan baik dan akan diperiksa secara purata dalam tempoh dua hari selain kita turut mempunyai dua lori Hicom sekiranya berlaku kejadian tidak diingini," katanya.
Cuaca di seluruh Kelantan pada pagi ini adalah mendung dengan sesekali hujan renyai di beberapa kawasan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

Bomba menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan paras air sungai berdekatan mereka dan mengambil langkah awal seperti mengemas dokumen-dokumen penting sekiranya perlu berpindah. - Gambar hiasan BERNAMA

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

133 penyata kewangan agensi persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Sembilan agensi menerima sijil dengan Pendapat Diubahsuai, termasuk lapan dengan Pendapat Berteguran dan satu dengan Pendapat Bertentangan.

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua
Parti sayap kanan AfD berada di tempat kedua dengan 20.8 peratus undi, SPD pimpinan Olaf Scholz di kedudukan ketiga dengan 16.4 peratus.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

LKAN 1/2025: 142 agensi Persekutuan miliki aset RM2.696 trilion, liabiliti RM0.871 trilion
Lima daripadanya menunjukkan jumlah liabiliti yang lebih tinggi berbanding jumlah aset.
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Februari 2025
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas
1️⃣ Menjelang PRK DUN Ayer Kuning
2️⃣ Kadar kelahiran di Malaysia
3️⃣ Konflik Rusia-Ukraine tamat minggu ini?
#awaniringkas

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain mengaku bersalah ambil dadah di Thailand
Keenam-enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi terkenal dari Kelantan yang dihadapkan ke Mahkamah Wilayah Narathiwat , Thailand hari ini mengaku bersalah mengambil dadah.

Polis kenal pasti dalang utama dadah di Sungai Golok
Suspek lelaki berumur 24 tahun dari Kelantan dipercayai memainkan peranan utama dalam sindiket dan mempunyai hubungan rapat dengan seorang wanita warga Laos.

Kegiatan jenayah rentas sempadan Malaysia-Thailand terkawal - Polis
Polis telah menahan tujuh individu kerana merentas secara haram dan mereka dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963.

Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.

63 mangsa banjir di Kelantan, Johor masih berada di dua PPS
Seramai 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.

TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.

Tiga ditangkap guna pangkalan haram seberang Sungai Golok
Tindakan tiga lelaki tersebut telah melanggar arahan keluar masuk Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram.

Empat individu termasuk dua rakyat Malaysia ditahan seberang Sungai Golok secara haram
Tiga lelaki dan seorang wanita ditahan selepas disyaki menyeberang sempadan Malaysia-Thailand menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok, semalam.