ISKANDAR PUTERI:Ledakan alga melibatkan keluasan kira-kira 20 kilometer dari Sungai Melayu sehingga ke perairan Pendas yang mencetuskan kebimbangan komuniti nelayan pada 11 Nov lalu kini pulih sepenuhnya berikutan faktor air pasang besar dan hujan hampir setiap hari sejak kebelakangan ini.
Pengarah Perikanan Negeri Johor Noraishah Hashim berkata hasil kajian kualiti air yang diambil pada 16 Nov lalu juga kembali normal berbanding bacaan pertama iaitu pada 12 Nov yang menunjukkan terdapat kandungan nitrat dan fostat yang tinggi.
Katanya, hasil kajian juga menunjukkan bahawa alga jenis diatom itu adalah merupakan spesis 'Guinardia', iaitu spesis yang tidak bertoksik kepada hidupan akuatik seperti ikan, ketam dan kerang-kerangan.
"Hasil daripada pemerhatian, kita dapati perairan ini telah pulih kepada keadaan asal... iaitu tiada lagi kelihatan ledakan alga (plankton).
"Perubahan ini dapat dilihat dalam masa dua hingga tiga hari selepas sampel pertama air diambil iaitu pada 12 Nov lalu.
"Saya boleh simpulkan keadaan ini telah pulih sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Melayu, di sini, hari ini.
Noraishah berkata pihaknya juga tidak lagi menerima aduan daripada nelayan setempat berhubung perkara itu.
Beliau berkata kebarangkalian kejadian ledakan alga berlaku adalah bergantung kepada kandungan nutrien yang terdapat dalam perairan.
"Sekiranya berlaku sekali lagi pengkayaan nutrien di perairan ini, ia akan berlaku lagi. Ini disebabkan alga itu memang ada di perairan ini cuma ia akan berlaku ledakan atau tidak bergantung kepada nutrien-nutrien yang terdapat di perairan," katanya.
Pada 13 Nov lalu, pihaknya telah turun padang melakukan tinjauan berikutan aduan komuniti nelayan serta penduduk di Kampung Sungai Melayu tentang kemunculan tompokan hijau seperti lumut terapung di permukaan air di tepi sungai, yang didakwa menimbulkan bau busuk, hanyir, serta menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 29 2020
![Sungai Melayu pulih sepenuhnya daripada ledakan alga Sungai Melayu pulih sepenuhnya daripada ledakan alga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606657226_TBSungaiMelayu.jpg)
Hasil kajian menunjukkan bahawa alga jenis diatom itu adalah merupakan spesis 'Guinardia', iaitu spesis yang tidak bertoksik kepada hidupan akuatik seperti ikan, ketam dan kerang-kerangan. -Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Sarawak tarik minat Jepun, penuhi agenda AZEC urus tenaga lestari Sarawak tarik minat Jepun, penuhi agenda AZEC urus tenaga lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687045230_AbangAbdulRahmanZ.jpg)
Sarawak tarik minat Jepun, penuhi agenda AZEC urus tenaga lestari
Perwakilan Jepun pernah menyatakan hasrat menjalin kerjasama dari sudut teknologi dengan memanfaatkan sumber semulajadi yang kaya di Sarawak.
![Sarawak bakal komersialkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) daripada alga Sarawak bakal komersialkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) daripada alga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684749967_Sarawak.jpg)
Sarawak bakal komersialkan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) daripada alga
Jelas Abang Johari Sarawak mempunyai masa depan yang cerah dari segi pengeluaran SAF kerana mempunyai syarat yang sesuai untuk mengeluarkan minyak mentah.
![Sungai Melayu pulih sepenuhnya daripada ledakan alga Sungai Melayu pulih sepenuhnya daripada ledakan alga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606657226_TBSungaiMelayu.jpg)
Sungai Melayu pulih sepenuhnya daripada ledakan alga
Ledakan algae melibatkan keluasan kira-kira 20 kilometer dari Sungai Melayu sehingga ke perairan Pendas yang mencetuskan kebimbangan komuniti nelayan pada 11 Nov lalu kini telah pulih sepenuhnya.
![Tompokan lendir busuk ancam mata pencarian nelayan Kampung Melayu Tompokan lendir busuk ancam mata pencarian nelayan Kampung Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605287877_TBINSKANDARPUTERIP.jpg)
Tompokan lendir busuk ancam mata pencarian nelayan Kampung Melayu
Tompokan hijau yang dipercayai terhasil akibat pencemaran itu turut dikesan di sepanjang Sungai Tebrau, muara Sungai Melayu dan kawasan jeti Sungai Melayu.
![Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81599193490_TBLedakanAlga.jpg)
Jangan takut makan ikan, kerang, HAB hanya di Selat Tebrau Timur - Perikanan Johor
Menurut Pengarah Perikanan negeri Johor Noraishah Hashim, HAB tidak berlaku di keseluruhan perairan Negeri Johor.
![Alga 'bersinar': Potensi unik sumber tenaga yang boleh diperbaharui Alga 'bersinar': Potensi unik sumber tenaga yang boleh diperbaharui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514515151_algaemicroalgae.jpg)
Alga 'bersinar': Potensi unik sumber tenaga yang boleh diperbaharui
Ini adalah salah satu potensi kegunaan alga sebagai sumber tenaga yang dikaji oleh Profesor Universiti Malaya (UM) Phang Siew Moi kepada AWANI REVIEW.
![Mikroalga mampu selamatkan pencemaran bauksit di Kuantan? Mikroalga mampu selamatkan pencemaran bauksit di Kuantan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452585473_Alga.jpg)
Mikroalga mampu selamatkan pencemaran bauksit di Kuantan?
Mikroorganisma mikroalga dilihat sebagai potensi besar untuk mengawal kesan pencemaran bauksit di Kuantan dengan menggunakan proses biopemulihan.