MELAKA TENGAH: Taktik pasangan suami isteri menjadi dalang pengedaran dadah dengan menggunakan minuman berkultur dan jus bagi mengaburi mata pihak berkuasa tumpas, selepas ditahan dalam dua serbuan berasingan di Bandar Hilir, di sini, Sabtu lalu.
Dalam serbuan kira-kira pukul 8 malam di sebuah pangsapuri itu, polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM206,511 yang dibotolkan dan disimpan di kediaman yang dijadikan stor simpanan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pasangan itu dipercayai bergerak aktif di pusat hiburan sekitar Melaka.
Beliau berkata, pasangan suami isteri berusia 34 dan 28 tahun itu dipercayai menjalankan aktiviti tersebut dengan mencampurkan dadah jenis cecair ke dalam botol minuman.
"Modus operandinya adalah dia akan menyuntik dadah ini ke dalam bekas dan dicampur dengan minuman,
selepas disuntik dadah selepas itu akan dibungkus semula, di bawah ini kalau kita tengok bawah, akan mendapati keladak masih ada lagi ini, kesan suntikan ke botol akan dicampur dengan dadah sekali dan akan dijual di kelab-kelab malam ataupun permintaan daripada individu lain lah
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Bandar Hilir pada Rabu.
Dalam serbuan pertama, kata beliau, polis menahan suspe lelaki terbabit di sekitar kawasan di Banda Hilir bersama jus disyaki cecair dan serbuk ketamin bernilai RM6,480 di dalam sebuah beg yang digalas di bahunya.
Penahanan suspek ujarnya, membawa kepada tangkapan isterinya di sebuah pangsapuri sebelum polis menemui pelbagai jenis dadah jenis ketamin, pil ekstasi, ganja mampat dan Erimin 5.
Ujarnya, pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Saga, barang kemas dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai RM25,680.
Siasatan awal mendapati, kesemua bekalan dadah berkenaan diperoleh daripada Kuala Lumpur dan Johor.
Bagaimanapun jelas beliau, ujian saringan air kencing terhadap pasangan terbabit adalah negatif dan tiada rekod jenayah lampau.
Pasangan itu kini direman sehingga Jumaat ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jan 25 2023

Siasatan awal mendapati, kesemua bekalan dadah berkenaan diperoleh daripada Kuala Lumpur dan Johor, menurut Christopher. - Foto Astro AWANI

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Suntik dadah dalam minuman berkultur, modus operandi pasangan suami isteri
Taktik pasangan suami isteri menjadi dalang pengedaran dadah dengan menggunakan minuman berkultur dan jus bagi mengaburi mata pihak berkuasa tumpas, selepas ditahan dalam dua serbuan berasingan.