Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib hari ini mengulangi penegasannya bahawa surat yang mendakwa ada gelombang kedua pencerobohan pengganas Sulu ke Sabah bulan depan adalah tidak benar.
Sehubungan itu beliau meminta rakyat di Sabah agar tidak bimbang kerana pada masa yang sama pasukan keselamatan tetap mempertingkatkan kawalan.
"Elakkan menyebarkan khabar angin hingga boleh menakutkan penduduk negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan di sini, hari ini.
Beliau berkata polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.
Surat bertarikh 3 Julai itu yang ditandatangani oleh Komando Militan bagi pihak Kesultanan Sulu dan keluarga Kiram telah dihantar kepada pegawai daerah Tambunan, pegawai polis dan masyarakat Tambunan, memberi amaran mereka mahu memulakan perang di daerah itu pada Ogos ini sebagai membalas dendam terhadap pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Mac lepas.
Dalam pada itu Hamza turut meminta orang ramai, khususnya pemimpin masyarakat agar menyalurkan sebarang maklumat mengenai kegiatan yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas kepada pihak keselamatan.
Bernama
Fri Jul 26 2013

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik Pesuruhjaya Polis Sabah yang baru
Bekas Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah yang baharu menggantikan Datuk Hamza Taib.

Surat dakwa gelombang kedua penceroboh tidak benar - Polis Sabah
Polis masih menyiasat mengenai surat itu yang dikatakan dihantar oleh pengganas dari selatan Filipina.

Polis: Letupan di Semporna tiada kaitan dengan pengganas
Datuk Hamza Taib tolak dakwaan insiden letupan di Kampung Air, Semporna semalam ada kaitan dengan pengganas.

Dakwaan Kiram tidak berasas -- Polis
Dakwaan oleh 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III yang pengikut-pengikutnya telah menubuhkan markas yang baru di kawasan pedalaman Sabah sama sekali tidak berasas.

Polis Sabah tolak laporan pengganas Sulu berkumpul semula
Pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Hamza Taib hari ini menolak laporan yang mengatakan bahawa pengganas Sulu kini telah berkumpul semula di Lahad Datu, Sabah.

Ops Daulat: Satu mayat pengganas dikeluarkan
Pasukan keselamatan telah mengeluarkan satu mayat pengganas di Tanjung Batu pada jam 11 pagi tadi.

Tahanan Sosma dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat
Tahanan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

Tiga lagi ditahan dibawah Sosma
Pasukan keselamatan Malaysia telah menahan tiga lagi individu yang dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu.

Kampung Tanjung Batu dijangka bersih sepenuhnya esok
Kampung Tanjung Batu dijangka akan dibersihkan dari pengganas Sulu secara sepenuhnya esok, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

80% bedah siasat atas mayat pengganas Sulu lengkap
Hampir 80 peratus daripada bedah siasat ke atas mayat pengganas Sulu yang terbunuh dalam operasi Ops Daulat telah dilengkapkan.